Hari sabtu. Hari cuti minggu. Usai saja solat subuh, Airis Nawra berkurung di dalam biliknya sambil membaca novel pilihannya. Hari cuti saja dia mempunyai masa untuk melakukan aktiviti kegemarannya itu.
Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Rasa macam masih awal untuk dia membuat sarapan. Teringatkan Tunku Riyadh, entah apa yang dilakukan oleh lelaki itu pada hujung minggu sebegini.
Sebelum ini, dia tidak mengambil tahu akan aktiviti lelaki itu. Tetapi sejak kejadian tempoh hari, dia mula membuka hatinya untuk lebih mengenali Tunku Riyadh.
Tak salah jika dia memberi peluang kepada mereka berdua untuk memulakan perjalanan hidup sebagai pasangan suami isteri.
Tak salah jika dia mencintai suaminya sendiri. Airis Nawra sudah tekad. Dia akan pertahankan perkahwinannya dengan Tunku Riyadh.
Deringan lagu yang muncul daripada IPhone milik wanita itu membuatkan Airis Nawra mencari telefon bimbitnya.
Dia mencapai telefon tersebut lalu skrin yang bercahaya itu dipandang.
Papa... Awal Tan Sri Iskandar bangun tidur pagi ini.
Butang hijau terus ditarik ke kanan.
"Assalamualaikum, papa." Airis Nawra memberi salam terlebih dahulu. Rindu dia dengan Tan Sri Iskandar.
"Waalaikumussalam, anak papa." Jawab Tan Sri Iskandar ceria di hujung talian.
"Ara sihat?" Soal Tan Sri Iskandar. Airis Nawra tersenyum.
"Alhamdulillah, sihat. Papa sihat ke? Mummy sihat?" Giliran Airis Nawra pula bertanya. Agak lama dia tidak berjumpa dengan keluarganya akibat kekangan masa.
"Papa sihat je. Mummy semua sihat. Ara okay ke dekat sana? Ada apa-apa yang Ara perlukan? Beritahu papa. Nanti papa carikan." Pelawa Tan Sri Iskandar. Sungguh dia ingin menebus kesalahannya yang dulu.
"Ara okay saja, papa. Don't worry. Awal papa bangun hari ni. Nyenyak ke tidur semalam?"
Kedengaran tawa kecil Tan Sri Iskandar.
"Terlebih nyenyak. Papa rasa anak papa pun bangun awal hari ni sebab tu papa call Ara ni. Rasa rindu dekat Ara. Lama kita tak jumpa. Mummy dan Lanna kirim salam dekat Ara."
"Waalaikumussalam. Ara sibuk sikit dengan urusan syarikat. Banyak projek nak kena siapkan. Sorry tak dapat luangkan masa dengan papa dan mummy." Balas Airis Nawra serba salah. Dia dan Tan Sri Iskandar baru saja berbaik. Dan sejak dua menjak ini, dia pula sering sibuk dengan hal di syarikat.
"Papa faham. Biasalah tu businesswoman. Papa pun dah merasa semua tu dulu." Airis Nawra tersenyum nipis.
"Esok Ara free tak?" Soal Tan Sri Iskandar.
"Hari ni dan esok hari cuti minggu, papa. Ara free je. Kenapa tu, papa?"
"Datanglah ke rumah. Mummy suruh ajak Ara datang. Katanya dah lama tak masak makanan special untuk anak merangkap menantu kesayangan dia ni. Ajak Ri sekali." Airis Nawra ketawa kecil. Ada-ada saja Puan Sri Leana ni.
"Nanti Ara beritahu abang." Tan Sri Iskandar diam sejenak. Telinganya tak salah dengarkan? Seketika senyuman lebar terbit di bibir lelaki tua itu. Tak lama boleh cuculah dia nanti.
Airis Nawra seperti tersedar. Dia sudah terlepas cakap. Malu. Pasti Tan Sri Iskandar sudah berfikiran yang bukan-bukan.
Aniyo...
"Okaylah, Ara. Jangan lupa beritahu dekat Ri. Dia tu pun dah lama tak jumpa dengan papa. Kerja satu syarikat pun bukan main susah lagi nak jumpa." Bebel Tan Sri Iskandar. Sibuk sangat sampai tak sempat nak tunjuk muka.
![](https://img.wattpad.com/cover/328501749-288-k287062.jpg)
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Acak1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...