Usai saja majlis, Airis Nawra terus melangkah menuju ke bilik. Tidak mahu berlama bersama keluarga itu. Dia sudah diberitahu oleh Siti di mana biliknya berada. Atau lebih tepat lagi bilik Tunku Riyadh, suaminya.
Airis Nawra berdecit. Meluatnya aku dengan perkataan suami itu.
Dia membuka pintu bilik. Tersergam indah bilik Tunku Riyadh yang bertemakan hitam keemasan itu. Tampak mewah.
‘Patutlah hati pun hitam.’
Airis Nawra melangkah menuju ke katil. Punggungnya dihempas kuat di atas katil. Menunggu Tunku Riyadh untuk masuk ke dalam bilik.
Lama dia menunggu. Mana lanun ni pergi? Pengsan dekat bawah ke?
Tiba-tiba pintu dikuak dari arah luar. Tunku Riyadh masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang mendatar.
“Aku nak tidur dekat bilik lain.” Belum sempat lelaki itu bersuara, Airis Nawra terlebih dulu membuka mulutnya. Masih lagi beraku-kau dengan suami sendiri.
Rasa meloya tekak kalau nak tukar panggilan.
Kening Tunku Riyadh terjoget.
‘Belum apa-apa dah kena sembur.’
“Why?” soal Tunku Riyadh. Buat-buat tak faham.
Airis Nawra mencerun ke arah Tunku Riyadh.
‘Kang aku jawab rasa meloya tengok muka kau, baru tau.’
“Kau ingat aku nak tidur satu bilik dengan kau ke?” Sinis sekali pertanyaan itu.
“Why not?”
Airis Nawra mendengus kasar. Namun beberapa saat selepas itu, dia tersenyum penuh makna. Muncul satu idea di fikirannya. Lalu dia merapati lelaki itu. Perlahan-lahan.
Dia merapatkan jarak di antara mereka. Wajahnya sengaja didekatkan dengan wajah Tunku Riyadh.
Haruman lelaki itu menusuk ke rongga hidungnya.
Tenggelam timbul halkum lelaki itu. Airis Nawra sudah tersenyum senget.
Matanya meneliti setiap inci wajah Tunku Riyadh. Turun naik matanya memandang wajah lelaki itu. Kepalanya disengetkan sedikit. Merapatkan lagi wajah mereka.
Jantung Tunku Riyadh sudah tidak stabil. Apa yang dia nak buat ni?
Haruman Jasmine daripada tubuh gadis itu membuatkan Tunku Riyadh tidak tentu arah.
Wangi!
‘Arghh! Takkan tergoda kot?’
Airis Nawra tersenyum di dalam hati. Rasa mahu ketawa apabila melihat wajah tidak senang duduk Tunku Riyadh. Lahai lelaki. Senang betul kena goda kan.
Wajahnya didekatkan lagi dan lagi. Lagi sikit bibir mereka hendak bercantum. Airis Nawra dapat mendengar deruan nafas Tunku Riyadh yang tidak teratur sudah menampar lembut pipinya.
Pantas Tunku Riyadh menolak tubuh Airis Nawra supaya menjauhinya. Isterinya itu ketawa sinis.
“So now you know the reason why I want a separate room?”Airis Nawra menjeling Tunku Riyadh. Tunku Riyadh cuba meneutralkan rasa di hati.
She's bold!
“Aku takut kau tak dapat kawal diri kau macam tadi. Dah nama lelaki kan. Senang betul kena goda.” Decit Airis Nawra. Dia ingin berlalu pergi namun lengannya ditarik kasar.
Dia terdorong ke belakang. Tunku Riyadh menolaknya ke dinding. Lelaki itu pantas mengunci tangan Airis Nawra.
Tunku Riyadh tersenyum senget. Nasib baik dia cepat. Kalau tak memang cium lantai la dia. Bukannya dia tidak tahu bahawa isterinya itu mempunyai tali pinggang hitam di dalam taekwondo. Segala jenis martial arts isterinya itu pelajari. Hapkido, judo dan taekwondo. Patut la berani semacam.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Random1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...