i L u s i | 2

126 18 0
                                    

DERINGAN jam loceng menandakan waktu rehat sudah tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DERINGAN jam loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Para pelajar mula masuk ke dalam kelas masing-masing. Uwais memandang jam tangannya. "Awat rasa macam awal sangat habis rehatnya"

Ujarnya dengan nada yang sedih. Uwais berdiri sambil mengemaskan bajunya serta tali leher yang dipakai. "Assalamualaikum, aku pergi dulu. Nanti balik, jangan tinggalkan aku macam hari itu!"

Aku dan Fatimah hanya mengeluh sahaja. Bukan salah kami kerana tinggalkan dia, dia yang lambat sangat. Aku keluarkan buku teks sejarah daripada beg aku.

Selepas ini subjek sejarah, pasti satu kelas akan tidur. Tapi bukan aku lah. Aku tak pernah tidur masa cikgu mengajar. Pro an? Aku tahu. Rungutan dari rakan-rakan sekelas aku memenuhi ruang kelas.

"Aduh, aku harap cikgu Hafif tak datang harini."

"Selepas ni sejarah kan? Haih, malasnya"

"Sejarah takde homework kan?"

Sedang asik mereka berbual antara satu sama lain, ketua kelas 5ST1 iaitu Aiman bangun tatkala seorang guru lelaki melangkah masuk. Dia memberi salam terlebih dahulu sebelum kami mengikuti.

"Waalaikumussalam, duduk semua."

Aku menoleh kanan sambil melabuhkan punggung aku di atas kerusi. Nampak beberapa orang pelajar sudah rehatkan kepalanya di atas meja.

Aku hanya mampu mengeluh. Kesian dekat cikgu, bertungkus lumus siapakan nota dan latihan untuk pelajarnya, tapi pelajarnya tidak peduli langsung.

Mereka lupa ke yang subjek Sejarah merupakan subjek teras yang wajib lulus masa SPM nanti?

"Saya nak beritahu kamu semua bahawa next month ada trial spm."

Dengar sahaja ayat "ada trial spm", pelajar-pelajar yang tidur tadi segera buka mata. Masing-masing nampak segar terus. Mereka mula berbisik antara satu sama lain.

"Bagi siapa yang tak lulus subjek saya nanti, saya akan buat kelas tambahan pada weekend."

"Alamak, aku dahlah lemah kat subjek Sejarah."

Aku dengar rungutan Fatimah. Dia pegang kepalanya, bingung bagaimana mahu skor subjek yang dia lemah ini. Fatimah memang orang yang bijak, selalu menjadi pelajar top 3 dalam batch tapi kalau bab Sejarah, hmm faham-faham jelah.

 N O A H Where stories live. Discover now