i L u s i | 37

49 7 4
                                    

BUNYI siren kereta polis berkumpul di laman rumah Nek Jemah menjadi tumpuan jiran-jiran

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BUNYI siren kereta polis berkumpul di laman rumah Nek Jemah menjadi tumpuan jiran-jiran. Arif dibawa oleh beberapa orang anggota polis ke dalam kereta. Aku pula berada di hadapan pintu. Tubuh dipeluk Khadijah.

Arif hanya diam membisu. Mungkin dia sudah terima takdir dia begini. Lagipun siapa yang salah, dia kan? Uwais pula tak habis-habis lagi kena ceramah dengan Inspektor Ghani. Aku mengeluh.

Akhirnya, tertangkap juga. Tidak lama selepas itu, maksu berjalan ke arah aku. Aku hanya menatapnya. Wajahnya masih lagi dibasahi air mata. "Dara, maksu minta maaf." Maksu sujud pada kaki aku.

Aku cepat-cepat menarik tangannya untuk bangun. Maksu nangis teresak-esak. Aku tahu perasaan dia macam mana sekarang. Anak yang dia didik dari kecil, sanggup buat dia macam ini. Mana ada ibu yang tidak remuk hatinya?

Aku cangkung dan peluk tubuh maksu dengan erat. "Maksu minta maaf, Dara..maksu minta maaf." Aku hanya angguk. Sudah lama aku maafkan maksu. Kita ni siapa kalau tak nak maafkan orang? Allah pun masih maafkan makhluknya walaupun dosanya sebesar semesta ini.

"Dara dah lama maafkan, maksu.." Aku usap belakangnya. "Dara.." Aku toleh ke kiri aku. Nampak Nek Jemah sedang berjalan ke arah aku. Kemudian, dia peluk aku dengan erat. Air matanya membasahi baju aku.

"Nenek.." Aku menatapnya sayu. "Nenek minta maaf.." Aku mengeluh seraya mengusap kepala nenek yang berbalut tudung sarung biru itu. Uwais dari jauh hanya memberi tatapan tajam.

Mungkin aku seorang pemaaf tetapi tidak baginya. Perlu ambil masa yang lama untuk pujuk hati Uwais. Aku dongak untuk melihat langit biru gelap. Cantik, bintang-bintang menghiasi langit.

Bulan juga terang. Mungkin kali ini, akhirnya, buat pertama kali. Semesta berpihak pada kita.

SELEPAS kejadian yang terjadi malam semalam, umi dan abah membuat keputusan untuk pulang ke bandar

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SELEPAS kejadian yang terjadi malam semalam, umi dan abah membuat keputusan untuk pulang ke bandar. Aku pun tak fasal-fasal kena pergi jumpa psikiatri lagi. Sudah bertahun-tahun aku berjaya larikan diri, eh kena jumpa lagi pula.

Mahu lari lagi, tak boleh sebab umi dan abah dah kawal ketat. Berita ini sampai juga kepada Dian dan Darlene. Mereka juga terkejut. Mereka menelefon aku untuk bertanya khabar dan mereka juga cakap mereka akan pulang ke Selangor tetapi aku tolak.

 N O A H Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang