- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SEJAK aku pulang dari rumah Fatimah, aku hanya duduk di dalam bilik sahaja. Tidak keluar. Noah daripada tadi cuba untuk memujuk ku untuk makan malam.
"Dara, makan jom. Nanti perut tu masuk angin."
Aku hanya diamkan diri sahaja. Imbasan kisah silam itu masih lagi menghantui aku. Aku pejam mata. Sekali lagi, ia muncul. Suara aku berteriak meminta pertolongan menusuk pendegaranku.
Air mataku mulai jatuh. Aku merasa tangan seseorang menyentuh badanku. Mulai dari wajah, turun ke bibir, ke leher, ke pinggang. Sampai situ aku menjerit. Noah yang tidak berani mahu masuk ke dalam bilik terus menerjah.
Alangkah terbuka luas matanya melihat keadaanku. Aku yang duduk di sudut bilik menggaru kepala, jari tangan digigit dan air mata yang makin deras. Bibir aku kering. Tubuh menggigil ketakutan.
Noah berlari ke arah aku. Mahu memeluk tetapi dia was-was. Sudahnya dia hanya duduk di hadapanku. Dia memegang helaian lengan baju untuk menjauhkan tanganku.
Sesungguhnya hatinya amat rapuh melihat aku. "N-noah..."Aku menatapnya. Dia hanya tersenyum.
"Ya, Dara."
"Noah..."
"Ya, Dara"
Aku terus memanggil namanya. Entah kenapa menyebut perkataan 'Noah' membuat hati yang gelisah ini tenang.
"Noah"
"Ya, Dara. I'm here."
"Noah Kavindra?"
Noah bergerak ke sisi sebelahku. Aku menoleh ke arahnya. Dengan mata yang tertutup, bibir mengukirkan senyuman manis, Noah gelak.
"Indahnya bunyi nama aku bila kau panggil."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HUJAN rintik-rintik turun membasahi bumi. Pembaca berita memberitahu bahawa hujan aku berterusan sehingga tahun hadapan. Aku hanya mengeluh.
Aku memandang luar tingkap. Hari ini hari Ahad, biasanya jalan raya penuh dengan kereta tetapi hari ini tidak. Kemudian, aku melihat ke arah meja belajarku yang penuh dengan segala jenis buku.