i L u s i | 1

150 19 0
                                    

NAFAS aku tercungap-cungap berlari sepanjang koridor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NAFAS aku tercungap-cungap berlari sepanjang koridor. Beg yang disandang di bahu kanan rasa hampir jatuh. Awning tudung pula. Hmm, tak payah cerita lah. Aku pasti kalau orang lain tengok aku, mesti mereka fikir makcik karipap manalah yang datang sekolah.

Tag nama 'Aerylana' sebagai penolong ketua pengawas digenggam erat di tangan serta botol air warna ungu itu dipeluk aku tatkala aku melajukan larian aku. Aku mengaku salah aku sebab tak kunci jam. Sedar-sedar sudah pukul 6:30 pagi. Memang aku kalutlah!

Nak solat lagi. Nak mandi. Nasib baik aku sudah gosok baju malam tadi. Kalau tak, memang pukul 8 pagi aku masuk kelas. Dari rumah aku ke sekolah ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai.

Usai sampai di hadapan kelas, aku pegang dada aku yang turun naik mencari udara. Aku pegang pintu kelas. "Assalamualaikum"Meskipun aku rasa macam nak mati sekarang ni, aku tetap kuatkan diri untuk berjalan ke arah tempat duduk aku.

Sebelah tingkap, bahagian belakang. Biasalah, aku kan main character.

Aku labuhkan punggung di atas kerusi, botol air aku capai lalu aku buka penutupnya. "Bismillah"Ucap aku sebelum meneguk air. Ya Allah, nikmat betul bila dapat rasa sesuatu yang sejuk mengalir di tekak.

"Dara!"

Nama aku diseru tatkala aku meletakkan kembali botol air di atas meja. Aku memandang ke arahnya. Senyuman manis terukir di bibir. "Ara."Aku capai tutup botol lalu menutupnya.

"Kenapa kau lambat harini? Kau tahu kan yang kau kena bertugas di depan pintu pagar dengan Uwais? Kau tengok, tak pasal-pasal aku pula yang kena ganti kau. Hah lagi satu, kau masuk pintu mana? Asal tadi aku tak nampak kau—"

Okay. Ini Ara atau nama penuhnya Fatimah Azzahra. Dia kawan rapat aku juga selain Uwais. Fatimah ni orangnya sopan, baik, penyabar, cantik dan bijak juga. Tapi ada satu yang aku tak suka pada dia. Dia kalau sudah membebel, sampai esok pun tak habis.

Contohnya, macam sekarang. Banyak betul pertanyaan dari dia. Seolah-olah aku ni kaunter pertanyaan pula. Nasib baik, aku sayang kau.

Aku tersengeh. "Sorrylah Ara! Aku sedar pukul 6:30 pagi tadi. Aku lupa nak kunci jam. Sorrylah eh."Balasku sambil pegang kedua-dua tangannya. Dia mengeluh. Lalu, dia berjalan ke arah tempat duduknya, iaitu sebelah aku.

"Jangan buat macam tu lagi! Kau tu penolong ketua pengawas, faham?"

Aku cuma angguk. "Aku janji tak buat lagi. Sorry tau Ara!"

"Jangan cakap kat aku, cakap kat Uwais. Aku rasa dia sedang cari kau—"

"Dara Aerylana!"

"Hmm, panjang umur dia."

Aku menoleh ke arah suara itu. Uwais Adrian sudah datang. Laju dia melangkah ke arah aku. Usai sampai, tangannya ketuk meja aku. "Kau tahu tak yang harini kau bertugas dengan aku? Kau pergi mana tadi? Kau memang sengaja nak—"

 N O A H Where stories live. Discover now