i L u s i | e.n.d (?)

56 6 0
                                    

Setahun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun berlalu...

20 Jun 2014.

DI pagi hari yang indah, aku bangun dengan perasaan yang gembira. Gembira? Kenapa? Sebab hari ini hari lahir aku! Sejak pukul 12.00 tengah malam tadi, telefon aku tak berhenti berbunyi orang wish birthday!

Uwais dan Fatimah pula sudah berjanji ingin menyambut hari lahir aku di sebuah kafe yang baru dibuka di Shah Alam minggu lepas. Tak silap nama kafe tu, 'Cafe Coffe-co'. Baru sahaja aku ingin capai tuala mandi aku, telefon aku berdering.

Nama panggilan kontak Fatimah muncul pada skrin telefon. Tanpa fikir panjang, aku terus angkat. "Hello my dear!" Riang sungguh suara aku. "Waalaikumussalam. Kau ni, tahulah hari ni hari kebahagiaan kau tapi janganlah sampai lupa nak bagi salam."

Aku tersengih. Maaflah, kitonya terlampau excited ni!

"Ni aku nak cakap. Nanti kita pergi berdua je tau. Sebab tadi Uwais call aku, dia cakap yang dia kena tolong umi dia. Bak kata dia, 'yelah hari ni kan birthday anak emas angkat dia.' "

Aku tergelak kecil. Memang setiap tahun keluarga Uwais akan menyambut hari lahir aku. Cuma bezanya tahun ni, Dian dan Darlene pun ada sekali.

Aku duduk di atas katil. "Aku boleh bayangkan dia cakap macam tu."

"Right? I knew it! Budak tu memang! Tahun ni hari lahir kau yang ke-18 kot!"

Aku gelak kecil. Oh ya. Sekarang bulan Jun kan? Keputusan peperiksaan SPM sudah keluar. Cuba teka aku dapat berapa A?

hehehe, sudah pastinya aku dapat straight A+ ! A+ tau! Bukan A je!

Lepas je aku dapat results, aku pun terus ajak Dian pergi kubur arwah ibu. Mesti ibu gembira kan? Aku pun dapat tawaran tajaan daripada ECLIPSE, sebuah institusi yang menaja pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih untuk sambung belajar.

Dan aku jadi salah seorang pelajar itu. Tidak lupa kepada Fatimah yang turut mendapat tawaran itu. Uwais pula menerima tajaan daripada Petronas yang menajanya belajar ke Jepun.

Akhirnya, tercapai juga impian dia tu.

"Okaylah Dara. Aku nak bersiap ni. Kau pun bersiap cepat tau!" Dengan itu, panggilan telefon pun tamat. Aku senyum. Gembira sungguh aku hari ini. Tanpa buang lagi masa, aku terus masuk ke dalam bilik air.

 Tanpa buang lagi masa, aku terus masuk ke dalam bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 N O A H Where stories live. Discover now