- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEBULANberlalu dan akhirnya peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia bagi tahun 2013 telah tamat! Tepuk tangan sikit!
Baru selangkah sahaja kaki menjejak luar kawasan dewan, ramai murid telah bersorak keseronokan. Ada juga yang sujud syukur. Pengorbanan mereka yang bertahun-tahun itu akhirnya berakhir juga.
"Yes! SPM dah tamat!"
Ujar Fatimah dengan senyuman lebar terukir di wajah. "Aku dah boleh ambil lesen kereta lah lepas ni.."Kata Uwais pula sambil berjalan ke arah kami. "Ish, aku tak nak lah naik kereta dengan kau..tak fasal-fasal nanti aku mati awal."
"Aku tak ada cakap nak ajak kau pun.."
Uwais memusingkan bebola mata ke atas. Aku pula hanya mampu menghamburkan tawa. Mata aku daripada tadi tidak berhenti memandang sekeliling, telinga juga tidak berhenti menangkap pendengaran yang dibual oleh pelajar lain.
Ada yang tengah membuat sebuah pelan untuk pergi bercuti bersama-sama selepas ini. "wey, korang!"Panggilan daripada Fatimah itu membuatkan aku menoleh ke arahnya.
"Apa kata, nanti kita pergi universiti dekat London bersama-sama?"
Cadang Fatimah dengan matanya yang bersinar-sinar. "Hmm..nice tapi aku tak nak."
Kini, mata melihat Uwais yang sedang berpeluk tubuh itu. "Aku nak pergi jepun, nak pergi mengurat awek-awek jepun— ouch! Zara!"
Seperti kebiasaan, jika Uwais cakap sesuatu yang pelik pasti Fatimah akan memukulnya. Uwais mengusap bahunya yang baru sahaja dipukul menggunakan kamus dewan milik Fatimah.
Sesungguhnya Fatimah dan kamus dewan tidak boleh berpisah.
"Kau ni kan! Fikir nak mengurat je! Cuba jadi setia sikit! Kesian bakal isteri kau nanti dapat suami macam kau!"
"Dah aku mengurat awek Malaysia asyik kena reject, apa salahnya aku try awek jepun pula? Hah lagi satu, aku setia okay? Kau je yang tak nampak. Tulah, aku suruh pakai cermin mata, tak nak. Kan dah buta."
Jawab Uwais dengan selamba. "Kau ni—"
"Lagipun, kau lah yang kesian nanti sebab dapat suami macam aku."
Dengan itu, Uwais mengorak langkah pergi ke arah kawan-kawannya yang sedang sibuk rancak berborak. Ditinggalnya Fatimah yang terpaku dan blur itu.
Aku pula hanya mampu mengerdipkan mata. Tak salah dengar kan? Itu dikira sebuah confession ke?
Aku menoleh sedikit untuk melihat Fatimah. Sebuah senyuman nakal terukir di wajah. Nampaknya wajah Fatimah sudah merah!
"Cei cei, ada yang blushing ke tu.."
Aku gelak. Fatimah terus memberikan tatapan yang tajam. Aku pula menggelengkan kepala.