i L u s i | 39

50 6 0
                                    

"NOAH bangun! Noah bangun sayang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"NOAH bangun! Noah bangun sayang. Mama rindu sama kamu."  Pensel di tangan Noah jatuh ke lantai menyebabkan lamunan Noah terhenti. Dia pegang kepalanya yang terasa sakit.

Suara siapa tadi tu? Suara mama? Tapi kenapa mama suruh dia bangun? Bukan mama dah mati ke? Termasuk dia. "Noah?"

Noah terus menoleh ke arah aku. "Kau alright tak?" soalku kerisauan. "Aku panggil kau lebih 10 kali, kau tak jawab." Noah menarik nafas panjang sebelum mengangguk. Dia ambil pensel yang jatuh di lantai tadi.

"Kau nak pergi mana?" tanya Noah kehairanan. "Nak pergi joging. Dengan Uwais." Noah angguk. Aku pula rasa pelik. Tu je? Noah angguk je? Serius lah?

Bukan apa, selama ni mesti banyak soalan dia tanya macam, 'dekat mana?' , 'dengan Uwais je ke?' , tak pun mesti dia offer diri dia nak ikut sekali.

Aku capai botol air berwarna biru gelap itu lalu berjalan ke arah pintu. Sempat juga aku menoleh melihat Noah yang lagi tekun menyambung melukis.

"Aku pergi dulu!" Noah angguk. Dahi aku mula berkerut. "Noah! Aku pergi dulu!" Noah angguk lagi. "Noah aku—"

"Ya ya. Pergilah. Aku jaga rumah!" Aku ukirkan senyuman. "Okay!"

AKU terduduk di tepi jalan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

AKU terduduk di tepi jalan. Badan ku basah kerana air peluh. Dada turun naik mencari nafas.

Aku mengesat peluh pada dahiku seraya meneguk botol mineral. "Aih, leganya dapat air..." Uwais memandang ke arah ku. Wajah gadis itu nampak sungguh penat. Aik? Baru joging 3km pun gaya macam joging 5km?

"Bangun, jangan duduk. Nanti kaki kau kebas." Uwais tarik tangan aku, memaksa ku untuk berdiri. Aku merungut kecil tapi masih tetap bangun. Aku lebih rela bangun daripada kaki aku kebas.

Nanti kalau kaki aku kebas, siapa nak angkat aku? Uwais? Lambat lagi!

"Nak sambung lagi? Sambung lagi 2km." Aku terus gelengkan kepala. Sekarang pun rasa macam mahu mati. Uwais tergelak kecil. "Relax lah, Dara! Baru 3km,"katanya dengan selamba.

 N O A H Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang