MALAM. Perlahan-lahan aku membuka mata tatkala aku tiba-tiba tekak rasa kering. aku haus. Aku bangun lalu duduk bersandarkan kepala katil.
Aku menguap sambil menggosok mata. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Aku mengeluh. Haih, masa-masa macam ni lah pula tekak aku rasa kering!
Aku bangun daripada katil lalu mengorak langkah ke pintu bilik. Tidak lupa juga untuk aku pakai tudung sarung hitam, iyalah manalah tahu ada orang tak tidur lagi kan.
Tipikal orang melayu, tidur pukul 3-5 pagi. Aku berjalan menuju ke dapur. Suis ditekan lalu pergi ke rak pinggan.
Gelas kaca dicapai lalu pergi ke dispenser air yang tersusun cantik di atas kabinet dapur.Aku teguk air sejuk itu. Ya Allah, nikmatnya! Sedang aku minum air, tiba-tiba aku terdengar suara tapak kaki seseorang menuju ke arah aku. Aku berhenti minum. Gelas kaca digenggam erat.
Aik? Siapa pula tak tidur lagi ni?
Bunyi itu semakin kuat. Nampaknya semakin dekat. Pada awalnya aku hanya bersangka yang itu adalah Uwais tetapi apabila Noah bisik suatu pada aku, "Dara, lari."
Aku terus letak gelas itu di singki lalu berlari masuk ke dalam bilik. Baru sahaja ingin memutarkan tombol pintu, aku rasa tangan aku ditarik kasar sehingga wajahku terbenam pada dada seseorang.
Dia memeluk aku dengan erat. "Hmm, kau buat apa pagi-pagi buta ni, Dara?" Bagaikan dunia terhenti, aku beku. Suara yang penuh nafsu itu...
Aku cuba untuk tolak badannya tetapi tidak berjaya. Nafas aku laju. Badan aku mula menggigil. Arif mengusap kepala aku dan perlahan-lahan dia membisik sesuatu.
"you don't know how much i hold myself this morning when i saw you.."
Dia tekup wajah aku. Aku ingin menjerit tetapi suara tidak keluar. Mulut aku bergetar-getar. Noah pula cuba sedaya upaya untuk lepaskan dia daripada aku; walaupun dia tahu bahawa itu semua sia-sia.
"bertahun-tahun aku tunggu kau, Dara.. bertahun-tahun aku tahan diri aku but, dear.."
Tangannya mengusap pipi aku pula. "I really can't hold it anymore.." Aku tutup mata dengan erat, nafas dikawal.
Tenang Dara, tenang. Ingat apa yang Noah ajar.
Aku menarik nafas panjang lalu menyiku wajahnya dengan kuat. Usai dia sudah lepaskan aku, aku terus berlari ke arah bilik. Sampai sahaja di hadapan pintu, tangan aku dipegang.
"Kau fikir kau siapa nak buat aku macam tu?!" Arif tampar wajah aku lalu dia buka pintu. Dia heret aku masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Badan aku dihempas di atas katil.
"You will regret for what you did, Dara."
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...