i L u s i | 38

52 8 2
                                    

AKU menolak pintu bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU menolak pintu bilik. "Noah! Crystal's here!" kataku dengan senyuman lebar. Noah mengelap air matanya yang jatuh lalu pandang aku. Dia berdehem terlebih dahulu sebelum bercakap. "Kat mana jumpa?" Noah cuba kawal suaranya yang terdengar sedikit serak kerana lepas menangis.

Aku mengorak langkah ke katil lalu duduk. Crystal pula diletakkan di pangkuan aku. Bulu lembutnya yang berwarna putih itu aku belai perlahan-lahan. "Ada kat luar, mengurat kucing jantan mana entah..."

Noah tergelak kecil. Matanya memandang aku, bibir pula ukirkan senyuman. "Dara..." lembut sahaja dia memanggil nama aku.

"hm?" balasku ringkas. "Kau sayang aku tak?" Aku terus angkat kepala untuk lihat Noah. Dah kenapa tanya soalan macam itu pada aku? Buang tebiat ke apa dia ni? "Apa?" Aku pura-pura tidak dengar.

Noah mengeluh seraya menghadap kembali pada buku lakaran yang ada di atas meja belajar aku. "Takde papelah..." balasnya dengan nada yang sedikit kecewa. Aku gelak perlahan.

Aku baringkan badan dan letakkan Crystal di atas badan aku. Aku memandang siling sambil tersenyum. "Aku sayang kau. sangat." Pensil di tangan Noah jatuh di atas meja. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah aku.

"Apa kau cakap?"

"I know you heard me very well, Noah," balasku. Tidak lama selepas itu, aku nampak tulang pipi Noah sedikit ternaik. "Cuba kau ulang balik, aku tak dengar lah."

Kepalanya dimiringkan ke kiri. Ingat comel lah tu? Tak pun, Jeno aku lagi comel. "You heard me—"

"No, i didn't." Aku ketap gigi aku. Dia ni kan! Dia tak tahu ke susah nak sebut perkataan tu? Malu dia, hanya Allah yang tahu. "Cepatlah, Dara..kau cakap apa tadi?" mohonya dengan nada yang kedengaran sedikit manja.

Haih, ni anak siapa? Oh, anak Kavindra.

Aku mengeluh. "Aku sayang kau, sangat.."ucapku dengan nada yang perlahan. "Apa? Tak dengar lah! Cuba cakap kuat sikit." Aku rasa wajah aku memang dah merah dah ni. Kalau tadi rasa sejuk, ni rasa panas.

Hah, Noah ni pun satu. Dah jadi hantu tu, hantu jelah, tak payah lah siap bagi pakej pekak.

"Cepatlah Dara! Aku tak dengar kau cakap apa tadi."

Aku menarik nafas dalam. Sabar Dara, ini ujian. Aku kembali ukirkan senyuman. Kali ni memang tak nampak manis pun, nampak paksa. Sumpah rasa nak je aku campak Noah ni kat tingkap.

Biar tidur luar!

"Aku. Sayang. Kau. Sangat. I love you more. Wo ai ni."

Berterima kasihlah sikit dengan aku, aku siap bagi pakej tiga bahasa tau. Ni kalau Noah tak dengar lagi, memang aku suruh hantu yang dah takde job kacau aku dalam rumah ni suruh kacau Noah.

 N O A H Where stories live. Discover now