- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
AKU bermain dengan hujung jari jemariku. Jantungku berdegup pantas. Keringat yang keluar dari dahi turun ke bawah. Bibir bawahku digigit juga. Noah yang berada di sebelahku hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Matanya menatap tajam ke ahli keluarga ku.
Entah apa yang merasuki keluarga aku sehingga mengajakku kemari. Tadi, selepas aku dan Noah berborak, umi menelefon aku dan mengatakan bahawa atuk dan nenek mahu bertemu dengan mereka dan aku.
Awalnya aku menolak tetapi umi memohon padaku. Aku mengeluh. "Bila keputusan trial spm keluar?"Soal Nek Jemah dingin. "Hmm, minggu depan?"Terbuka luas mataku apabila mendengar apa yang Uwais katakan.
Aku melihat tarikh di jam tangan. Allah! Macam mana benda penting seperti ini aku lupa? "Kau memang tak reti nak angkat kepala kau tengok nenek dengan atuk ni ke? Hina sangat ke mereka ni sampai muka diorang pun kau tak nak tengok?"
Sindir Zahirah yang merupakan maksu aku. Umi yang disebelahnya memukul bahu kiri maksu. Mata umi menatap tajam ke arahnya. "Apa? Betul lah apa Irah cakap kan?"Umi menghembus nafas sambil menggelengkan kepala.
Dia sungguh tidak mengerti dengan adik bongsunya itu. Ada sahaja rasa tidak puas hati dengan anak saudaranya sendiri. Aku menelan air liur terlebih dahulu sebelum memandang wajah ahli keluarga. Tiada riak. Senyuman yang terukir pun tiada.
Bukan aku tidak mahu melihat mereka tetapi hatiku berkata tidak. Perasaan takut serta terhina apa yang mereka lakukan padaku masih lagi kekal dalam fikiran. Kemudian, mata pula beralih kepada Aariz, anak maksu aku.
"Dara, badan kau ni cantik juga eh."
Tiba-tiba suara Aariz terdengar dalam otakku. Terus aku bangun dari kerusi. Badanku menggigil. Noah yang melihat aku itu pun turut terkejut. Dia menyentuh bahuku lalu berbisik di telinga. "Kenapa ni?"
Tapi aku hanya diam. Mataku masih lagi merenung wajah Aariz. Tak lama lepas itu, senyuman sinis terukir di wajahnya. "Kau kenapa ni?"Uwais yang menarik tanganku pula bertanya.
Aku menoleh ke arahnya lalu menggeleng. "N-no, tiada apa-apa."Aku menarik nafas dalam lalu memandang ahli keluarga yang lain. "Kalau tiada apa-apa, Dara pergi dulu. Assalamualaikum."
Tanpa mendengar jawapan dari mereka, aku terus mengorak langkah ke arah bilik. Noah pun turut mengikuti. Usai sampai di dalam bilik, aku terus menutup rapat pintu bilik. Tidak lupa juga untuk menguncinya.
Aku berjalan ke arah tepi katil lalu duduk di situ. Kuku jari digigit. Badanku menggigil hebat. Noah duduk di hadapanku. "Dara..."Dia menatap mataku yang penuh ketakutan itu.
Sekarang, aku rasa badan aku kotor. Geli. Aku meremas tudung lalu menjerit. Air mata turun laju membasahi pipi. Sakit. Aku rasa sakit. "Dara..."