"ASSALAMUALAIKUM"Pintu rumah ditolak. Kasut dibuka terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Ia sunyi. Tiada lagi suara sambutan dari keluarga aku. Aku tinggal seorang diri sejak umur 15 tahun.
Kakak dan abang aku sudah miliki pasangan hidup masing-masing. Aku mengorak langkah ke arah anak tangga untuk pergi ke bilik aku. Usai di pintu bilik, tombol pintu aku pusingkan.
Alangkah terbuka luas mataku sejurus sahaja pintu terbuka. Ada seorang jejaka berada di meja belajarku. Kepalanya direhatkan di atas meja. Wajahnya tidak kelihatan.
Fikiran negatif mulai memenuhi fikiranku. Ini hantu ke manusia? Ke perompak? Tapi kalau perompak kenapa dia tidur kat sini? Kesan pecah masuk pun tiada.
Aku menelan air liur. Perlahan-lahan aku berjalan ke arahnya. Fail yang ada di tanganku sedia untuk digunakan jikalau dia tiba-tiba menyerang.
Ini kes banyak sangat tengok drama lah ni.
Langkahku terhenti apabila menangkap bunyi sesuatu yang jatuh. Dan bunyi orang menguap. Mataku tidak putus memandang ke arah jejaka tadi.
Nampak dia sudah bangun.
"What time it's?"
Dia menggosok matanya sambil membetulkan duduknya. Dia memandang sekeliling dulu sebelum dia menoleh ke arahku. Wajah tu-
"You-"
Jantung ku mula berdetak dengan lebih laju. Kenapa dia ada kat sini? Dia berdiri lalu berjalan ke arah ku. Matanya menilik aku dari atas sampai bawah sebelum ukirkan satu senyuman manis.
Dan- ia sangat cantik.
"Finally, I found you!"
Hah? Dia cari aku? Tangannya dibawa untuk cuba memegangku tapi dengan pantas aku elak. Tanganku genggam erat fail. Aku tarik nafas sebelum membalas kata-katanya.
"Go. Jangan kacau aku."
Aku berjalan melintasinya. Beg sekolah diletakkan di tepi meja. Kedua-dua peniti di tudung dicabutkan. Baru sahaja aku mahu membuka tudung, aku perasan yang dia tidak pergi lagi.
"Why are you still here? Go. This is not your place."
Aku mengeluh. Susahlah cakap dengan hantu yang tak faham bahasa ni. Kemudian aku dengar tapak kaki menghala ke arah aku.
"What's your name?"
Soalnya tiba-tiba. Aku pandang ke arahnya. "Apa-"
"Noah."
Aku angkat satu kening. Apa Noah? "My name is Noah. Noah Kavindra."
Lah. Aku tak tanya pun nama dia. Aku hanya kelipkan mataku banyak kali sebelum memandang ke hadapan semula. "No one ask tho-"Sempat aku mengumam perlahan.
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...