SUNYI. Aku melepaskan pelukan Dian. Aku mengelap pipi yang kian basah kerana air mata. Kami bertiga menatap antara satu sama lain. "Dara-"
"Dara Aerylana binti Hisham!"
Aku mengeluh. Kalau boleh, kuatkan lagi lah suara kau tu, Uwais Adrian. Aku mengukirkan senyuman tipis di wajah. "Dara balik dulu ya, terima kasih jumpa Dara, akak. Thanks Dian."
Aku berdiri lalu menyalam tangan Darlene dan juga Dian. "Dara, sure ke taknak tinggal dengan kakak?"Aku angguk. Buang masa je. SPM dah nak dekat, lepas SPM aku akan berdikari sendiri.
Sampai bila aku kena bergantung pada orang, kan?
"Okaylah kalau macam tu, kalau Dara nak minta tolong apa-apa. Dara jangan teragak-agak untuk minta tolong kakak atau Dian."
Aku hanya mampu membalas dengan senyuman lalu pergi ke Uwais. "Kau okay tak?"Usai sampai di hadapannya, aku memegang dinding sebagai tanda sokongan untuk aku terus berdiri.
Kaki aku rasa lemah sekarang ni. Badan aku letih. "Aku penat, Uwais..."Uwais menatapku saya sebelum memapah badanku. Dia berbisik sesuatu di telinga.
"I'm proud of you, Dara."
AKU memandang langit yang berwarna biru gelap. Aku rasa tidak ada tenaga untuk teruskan hidup pada hari esok. Aku melihat sekeliling. Mencari sesuatu.
Mata kemudiannya terhenti pada sebilah pisau yang berada di dalam bekas pensel. Aku mengambilnya. Aku tidak tahu apa yang aku fikir sekarang. Kepala aku sakit.
Kepalaku seakan-akan penuh dengan pelbagai suara yang negatif. Sakit. Sumpah sakit.
Aku menarik sikit lengan baju ke atas. "What are you doing, Dara Aerylana?"Baru sahaja pisau itu mahu mendarat di atas tangan, namaku dipanggil.
Aku menoleh ke arah sang pemilik suara. Noah berjalan ke arah aku lalu mencapai pisau tersebut. "Noah-"
"Gila ke?"
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...