2 BULAN BERLALU.
Hari ini, 6 November, hari yang paling pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia tunggu. Apa?
MESTILAH SPM! SIJIL PELAJARAN MALAYSIA!
Aku duduk di meja makan. Roti yang disapu jem strawberi dan disediakan oleh Noah langsung tidak dijamah oleh aku. Aku begitu sibuk dengan buku nota di tangan.
Noah mengeluh. Dia bangun lalu ambil buku nota itu.
Deja vu? Iya deh.
"Ma—"
"Makan dulu. Baik."
Aku memusingkan bebola mata ke atas lalu mengambil sekeping roti. Noah tersenyum. "Takyah nervous sangatlah, senang je SPM ni."
"Kata bekas seorang pelajar oxford university."
Noah tergelak kecil. Dia menatap aku dengan mata hazelnya. Usai selesai menjamu selera, aku terus bangun lalu mengorak langkah ke ruang tamu. Beg sekolah yang diletak di atas sofa, diambil lalu disandangkan pada bahu.
"Nah, good luck sweetheart!"
Noah kata sambil mengeyitkan matanya. Aku melihat Noah dari atas sampai bawah. Dia dah kenapa? Kena hasut dengan setan tak bermoral ke? Eh— mana ada setan ada moral.
Aku membalas dengan angguk yang perlahan. "Thank..you."Lalu kaki dengan pantas bergerak ke pintu rumah. Aku menyarung kasut sekolah. "Buat elok-elok, baca soalan tu. Kau tu jenis orang yang terus je jawab tanpa baca soalan."
Aku menggaru kening yang tidak gatal sambil tersengih. "Okaylah. Aku gerak dulu! Jumpa kau kat sekolah nanti!"
Sampai sahaja di sekolah, dengan menarik nafas yang panjang lalu hembus aku melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah ; lalu pergi ke dewan peperiksaan.
Aku melihat pelajar-pelajar sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Ada juga yang daripada tadi ulang-alik keluar tandas sebab gugup punya fasal. Aku hanya menggelengkan kepala.
Banyak betul karenah. Kemudian aku pergi ke arah Fatimah dan Uwais. Mereka berdua tampak tekun belajar. "Salah jawapan kau ni lah, bongok!"
"Eh kau! Kau dah pandai nak bongok-bongok kan aku pula ye sekarang ni? Tak sangka Uwais sekarang dah pandai mencarut."
Uwais menatapnya tajam. "Siapa yang bongok?"Terus dua pasang mata itu beralih kepada aku. Uwais pula nampak cuak. Aku letak beg di tepi dinding lalu duduk bersila di hadapan mereka.
Satu kening terjungkit. "Dara! Kau tengok ni Uwais. Dah pandai mencarut sekarang."Ujar Fatimah sambil menunding jari ke arah Uwais.
Uwais memusingkan bebola mata ke atas. Malas sungguh dia mahu melayan drama pagi-pagi buatan Fatimah ni ; buat stres aja. Takut nanti tak tenang nak jawab exam.
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...