i L u s i | 5

114 15 4
                                    

BUKU di tanganku aku baca dengan tekun

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BUKU di tanganku aku baca dengan tekun. Sesekali aku menutup buku itu lalu membaca patah-patah kata yang aku hafal tadi. Hari ini, Cikgu Fara dengan tiba-tibanya mengadakan kuiz Biologi.

Cikgu Fara kata kalau kami tak dapat jawab pertanyaannya, dia akan denda. Aku mengorak langkah ke arah perhentian bas yang terdekat di rumah aku. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

Begitu juga Noah. Noah kata dia mahu ikut aku. Bila di tanya apa alasannya, dia cuma kata kerana dia bosan dan dia tak mahu keseorangan. Pada awalnya, aku membantah tapi selepas dia memohon banyak kali berserta riak wajahnya yang kesian, aku pun bersetuju.

"Permanent tissue are matured tissues which have experienced or are experiencing differentiation. There are three types of permanent tissues, which include epidermal tissues, ground tissues and..."

Aku menggaru kepala aku. Alahai, aku lupa. Baru sahaja aku mahu buka kembali buku nota biologi aku, seseorang menyambung kata-kata ku. "Vascular tissues"Aku pandang ke arah Noah lalu ukirkan senyuman.

"Hah! Vascular tissues! Bijak pun kau!"

Noah tergelak kecil. "Comel."Bisik hatinya. "Okay.. vascular tissues-"

"Dara!"

Aku menoleh ke arah panggilan nama aku. "Kau apahal senyum-senyum pagi-pagi buta ni? Kau mimpi aku ke semalam."

Ujar Uwais sambil duduk di sebelahnya. Aku gelak. Nak mimpi dia? Lambat lagi. Kalau boleh, taknak aku mimpi dia. Tak indah terus mimpi aku jadinya nanti.

"Lambat lagi aku nak mimpi kau."

Balasku. "Anyway, kau buat apa ni. Pagi-pagi dah pegang nota biologi."

Aku pandang nota aku. "Oh, ni hah. Cikgu Fara tiba-tiba buat kuiz. Kalau tak dapat jawab, kena denda. Kau tahu lah kan, Cikgu Fara tu garang kalahkan singa."

Uwais mengumam. "Hmm, sian eh kau. Kalau aku, cikgu Mawar yang ajar. Dia baik."

"Untunglah..."

Sedar tak sedar, Noah di sebelah aku dari tadi tenung ke arah Uwais. Muka macam tak puas hati. Aku lupa nak kenalkan dia pada Uwais. Nak kenalkan sekarang bukan masa yang sesuai, mahu nanti si Uwais ni terkejut aku cakap seorang diri.

Sedang asik berbual, bas sekolah pun akhirnya tiba. "Dah jom pi sekolah. Tak sabar aku nak tulis nama orang yang datang lewat harini."Aku hanya gelengkan kepala aku sahaja. Malas nak layan dia. Dia lambat tiada pula orang nak tulis nama dia.

 N O A H Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang