HARI INI aku dan Uwais hendak pergi ke rumah Fatimah untuk mengulang kaji pelajaran atau lebih tepat lagi, mahu menghalau hantu yang Fatimah katakan.
Fatimah mengadu bahawa dia kena kacau dengan hantu setiap kali dia mahu tidur. Uwais pula tanpa fikir panjang terus beritahu yang aku ni hijab terbuka.
Fatimah pun mulalah merayu untuk membantunya. Aku tidak boleh mendengar suara rayuannya, rasa macam ada sihir untuk halang aku daripada menolak bantuan itu. Sudahnya, aku hanyalah bersetuju walaupun terpaksa.
"Kau berjaya halau hantu tu, aku belanja kau tiket konsert NCT. Lepas SPM lah maksud aku."
Aku mengenakan t-shirt berlengan panjang warna hitam bercorak bunga putih serta shawl hitam. Uwais pula hanya berpakaian jersey msby nya itu ; anime.
Aku menoleh sedikit ke arah Noah. Dia nampak tenang sahaja. Oleh kerana berasa di pandang, Noah memandang ke arah aku. Kemudian tersenyum nipis.
"Wey Dara..."
Uwais memegang bahuku dan aku melihat ke arahnya. "Best tak nampak makhluk halus?"Dahiku berkerut. Soalan apa ni? "Kenapa kau tanya macam tu?"
"I'm curious. Aku pun nak merasa juga."
Aku mengemam bibirku. Mataku beralih ke hadapan. Suara anak-anak kecil yang seronok bermain bersama keluarga serta pokok-pokok hijau yang dicipta oleh Allah.
"Sometimes it's good but also sometimes it's scary."
Aku bermain dengan jari jemariku. "Mereka muncul dalam pelbagai rupa. Ada yang muka memang seperti kita, ada juga yang berupa seperti keadaan dia mati dan juga- berupa seperti raksasa.
Aku tidak tahu macam mana nak terangkan tapi kesimpulannnya mereka itu menakutkan."
"Kau pernah nampak arwah ibu kau?"
Langkahku terhenti. Begitu juga dengan Noah dan Uwais. Mereka berdua merenungku. Noah mengusap kepalaku. Renungannya sayu. Uwais menggaru belakang tengkuk.
"Err- sorrylah soalan aku sensitif."
"No. Aku tak pernah nampak arwah ibu."
Aku menggengam tangan kemudian menarik nafas. Jangan nangis Dara. Bukan di sini. Terutamanya di hadapan Uwais Adrian. Uwais berjalan ke arah ku. Dia memimpin tangan ku.
"Sudahlah. Jom. Nanti kalau lambat, sian Fatimah kena kacau dengan hantu tu."
Aku hanya mampu ukirkan senyuman tipis sahaja. Sempat aku menoleh ke arah Noah. Dia pun tersenyum juga.
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...