i L u s i | 21

53 7 0
                                    

"TAHNIAH Dara

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"TAHNIAH Dara."Ucap Puan Sofea, guru kelas aku sambil menolak sekeping kertas ke arah aku dan Dian. Dian mengambilnya lalu melihat dengan teliti keputusan percubaan SPM aku. "Straight A+..."

Noah terus menoleh ke arah aku dengan wajah yang terkejut. Dian memandang aku bersama senyuman manis. Dia memegang kepala aku lalu diletakkan pada dadanya yang dibaluti kemeja biru gelap itu.

"Congratulations, Dara. Abang bangga dengan kamu."

Bisiknya tepat pada telinga. Aku angguk lalu cepat-cepat meleraikan pelukan itu. Malu kerana orang lain daripada tadi tidak mengalihkan pandangan daripada kami. Aku menoleh ke arah Puan Sofea di hadapanku.

"Terima kasih cikgu..."

Puan Sofea hanya mengangguk lalu memberitahu kami bahawa kami boleh beredar. Tanpa basa basi, kami pun terus berdiri. Uwais yang perasan akan kami itu terus berlari kemari. Dia letak tangan atas bahu aku.

"Macam mana? Straight A+ kan"

Aku gelak kecil. "How about you?"Soalku pula. Uwais tersengih lalu mencubit pipiku sekuat hati. Bukan itu sahaja, dia letak mulutnya di telinga aku kemudian bercakap dengan kuat.

"Aku dapat straight A+ lah wey!!!"

Dengan cepat aku tolak tubuh dia. Telinga kanan aku digosokkan. Eish dia ni. Boleh tuli aku dibuatnya nanti! Uwais gelak. "Amboi kamu ni Uwais, trial je pun."Kata umi sambil mengorak langkah ke arah kami.

"Alah umi ni, memanglah trial tapi ia bermakna tau! Susah woo aritu trial tu."

Balas Uwais. Aku hanya mampu menggelengkan kepala aku. Mata hazel aku memandang sekeliling. "Cari Fatimah?"Soal Noah tepat di telinga aku. Aku membalas soalannya dengan memberikan sebuah anggukan.

"Tu Fatimah"

Noah menunding jari telunjuknya ke arah Fatimah yang baru sahaja selesai mengambil keputusan. Aku melambaikan tangan pada Fatimah. "Ara!!"Fatimah yang mendengar namanya dipanggil itu segera berlari ke arahku.

"Daraa, aku dapat straight A!!"

Ucapnya sambil memeluk Dara dengan erat. "Walaupun addmath aku dapat A- , aku masih lagi bersyukur."Aku senyum lagi. Aku rasa bangga kerana dapat berjaya bersama-sama orang yang aku sayang.

Tidak lama selepas itu, pelukan dileraikan. Ibu bapa Fatimah sudah berada di sini. Fatimah membawa matanya memandang sosok seorang jejaka di sebelahku. Perlahan-lahan dia membisik pada telinga.

"Siapa lelaki handsome ni wey!?"

Tanyanya dengan nada yang teruja. Aku menggaru belakang tengkuk. Mata beralih kepada Dian. "Oh, dia abang aku-"

"Abang kau!?"

Aku angguk perlahan. Kenapa nak terkejut sangat ni? Fatimah melihat Dian dari atas sampai ke bawah. Kemudian, dia bergerak berdiri di hadapan Dian yang sedang bermain telefon itu.

 N O A H Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang