- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FATIMAH menggengam erat tali beg sekolahnya. Dia berjalan ke arah perhentian bas lalu melabuhkan punggung di atas tempat duduk itu. Matanya memerhati kereta yang lalu-lalang.
Fatimah mengeluh. Hujung jarinya dimainkan. Secara jujurnya, Fatimah cuba untuk bersemuka dengan Dara dan Uwais. Dia rindu saat mereka bertiga bersama. Fatimah memejam matanya.
Kejadian yang menimpanya waktu itu masih lagi bermain dalam fikiran. Sakit. Pedih. Rapuh. Dia menyalahkan dirinya. Andailah dia sudah berjaya membawa dirinya keluar daripada masa lalu, mungkin semua ini tidak akan terjadi.
Sedang asyik Fatimah melayan perasaannya yang rapuh itu, kedengaran bunyi beberapa motosikal menghampirinya. Terus Fatimah membuka mata. "Hai, cik adik. Seorang sahaja kah? Mak ayah mana?"
Seorang lelaki asing turun dari motornya lalu berjalan ke arah Fatimah. Fatimah memandang sekeliling. Sunyi. Dia menelan air liurnya. Teruk. Ini teruk!
"Jom balik dengan abang—"
Baru sahaja lelaki itu mahu memegang bahu Fatimah, Fatimah dengan pantas menipisnya lalu berlari ke arah jalan ke sekolah.
Dia menoleh sedikit ke belakang. Air matanya mula menitis. Geng-geng motor itu mengikutnya. Fatimah memejam mata lalu berlari dengan lebih pantas. Jantungnya berdegup laju.
Hanya satu yang ada di fikirannya.
"Tolong, selamatkan aku."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"DARA!"Aku terus melangkah laju meninggalkan Uwais yang berada di belakang. Telinga aku rasa hampir mahu bernanah mendengar Uwais yang tidak habis-habis memohon kepadaku untuk membantunya mendapatkan Izara.
"Tolonglah Dara. Kau tak kesian dekat aku ke?"
Aku memusingkan bebola mata ke atas. Tidak kuasa aku! "Daraaaa...."Aku hentikan langkah. Aku menatap Uwais tajam. Dia ni, ada juga aku campak dekat lautan pasifik nanti.
"Enough Uwais. Aku tak rapat dengan Izara—"
"TOLONG!"
Aku terus menoleh ke hadapan. Nampak Fatimah yang sedang berlari. "Eh, tu Zara kan? Asal dia tu?"Kemudian mataku melihat belakangnya. Terbuka luas juga mataku.