SEMINGGU BERLALU. Hari ini, tepat 5 Oktober, keputusan percubaan SPM SMK Shah Alam keluar. Semua pelajar tingkatan 5 diminta untuk berkumpul di dewan bagi menjalankan sesi perjumpaan bersama guru kelas serta guru mata pelajaran selepas perhimpunan selesai.
Terik matahari yang membakar kulit itu membuat para pelajar SMK Shah Alam tidak berhenti mengeluh. Hari Isnin, sudah menjadi kebiasaan bagi para pengawas-pengawas yang bertugas untuk menahan pelajar-pelajar yang tidak memakai pakaian yang lengkap.
"Untuk yang tidak memakai uniform sekolah yang lengkap, sila tinggal di dataran sekolah."
Suara milik Uwais yang bercakap melalui mikrofon yang tersedia di dalam bilik kokurikulum disampaikan kepada pelajar-pelajar. Mereka yang tidak memakai uniform sekolah yang lengkap sudah pastilah berjalan ke arah dataran sekolah.
Bagi mereka yang lainnya telah membawa diri masuk ke dalam kelas. Uwais keluar dari bilik kokurikulum lalu berdiri di antara aku dan Haura. Tidak lupa juga kepada Fatimah dan Daniel yang merupakan pengawas yang bertugas minggu ini.
"SEMUA. SILA BERBARIS SECARA MEMANJANG DENGAN KEMAS."
Ujar Uwais sambil anak matanya memandang tepat ke arah lebih kurang 20 orang pelajar yang ditahan. Mereka yang mendengar arahan daripada Uwais segera mengambil posisi.
Usai selesai berbaris dengan kemas. Uwais berjalan ke arah mereka, diikuti aku, Fatimah, Haura dan juga Daniel. "Catat nama mereka serta kesalahan dan sebab."
Kami bertiga mengangguk. Aku dan Daniel berjalan ke arah belah kanan dan menghampiri salah seorang pelajar yang melanggar peraturan. "Mana tali leher?"Soal Daniel dengan nada yang tegas.
"Tali leher saya kena ambil dengan kucing saya."
Kami memandang antara satu sama lain. Dahi juga berkerut. Alasan macam apa ini? Daniel menoleh ke arah Haziq semula. "Apasal kucing kau nak tali leher kau pula ni?"
"Tak tahu. Mungkin dia nak pergi sekolah juga kot?"
Jawab Haziq dengan selamba. Aku menggigit bibir bawah aku. Ya Allah. Aku rasa nak tergelak. Daniel menghembuskan nafas. "Dara, catat nama dia."Aku hanya angguk. Setelah itu, kami pergi ke pelajar seterusnya.
Sempat juga telinga aku menangkap suara Uwais yang sedang cuba kawal kemarahan dia. Aku melihat ke arah Uwais dan Haura. "Asal baju kau tak tuck in?"Tanya Uwais.
"Aku ada lesen."
Aku menggaru kepala. Memang sekarang trend jawab soalan dengan jawapan yang pelik-pelik ke. "Lesen apa pula ni?"Balas Uwais. "Aik? Kau tak tahu ke sekolah kita ni diberi lesen oleh kapla sekolah ni?"
Uwais menaikkan satu keningnya. Kapla sekolah? Siapa pula ni yang claim sekolah ni dia punya? Uwais menarik nafas panjang, dia memang mahu melepaskan kemarahan dia sekarang.
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...