i L u s i | 12

69 10 0
                                    

3 MINGGU telah berlalu dan percubaan SPM sudah pun tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 MINGGU telah berlalu dan percubaan SPM sudah pun tamat. Aku sekarang sedang berada di dataran sekolah. Ramai pelajar berkumpul di situ. "Kau taknak halang dia ke, Dara?"Tanya Qaseh, rakan sekelas ku.

Aku hanya menggelengkan kepala. Malas. Lebih baik aku duduk sini, makan keropok lekor sambil melayan drama yang akan dilakonkan oleh Uwais nanti. Ingat tak yang aku kata Uwais nak belasah Afif?

Hari itu sudah pun muncul! Iaitu hari ini. 12/8/2013, pukul 9.45 pagi.

"What do you want from me, Uwais? My signature?"

Ucap Afif sambil selak rambutnya. Ingat kacak lah tu? Rambut pun kalau boleh pacak tinggi lagi macam gunung everest tu. Perempuan-perempuan yang berada di situ pula menjerit.

Diorang ni memang tiada taste ke ape?

"Kau fitnah aku kan?"

Uwais melonggarkan tali leher pengawasnya. Butang pada lengan baju juga dibuka. "Fitnah? Fitnah apa ni? Aku tak faham lah."

"Takyah nak pura-pura. Kau yang sebarkan fitnah yang aku tuduh Fatimah meniru masa exam percubaan tu kan?"

Balas Uwais dengan nada yang sedikit tinggi. Qaseh yang berada di sebelah ku mulai gelisah. Fatimah pula berada sebelah Uwais. Dia kena paksa. "Relaxlah Qaseh."

"Kau nak aku relax Dara? Wey! Tolonglah. Kau tahukan kalau Uwais naik tangan dekat Afif, hilanglah jawatan pengawas dia! Dia dahlah ketua pengawas pula."

Aku gelak. "Kau kenapa nak gelak-gelak ni? Tak lawak lah wey!"

"别担心,我很了解他。
Bié dānxīn, wǒ hěn liǎojiě . (Jangan risau, aku lebih tahu tentang dia)"

Qaseh mengeluh. "Keluar dah aura cina dia tu.."Kami menumpukan perhatian kepada Uwais kembali. "Maksud kau? Fatimah girlfriend kau tu kan?"

Uwais mengetap giginya tatkala melihat Afif yang sedang gelak sakan. Memang tak tamat lagi eh rumor tentang dia bercinta dengan Fatimah? "Answer my question, Afif Zaid."

"Kalau aku sebarkan berita tu pun, kenapa? Kau nak buat apa kat aku? Nak hantar aku jumpa cikgu disiplin? Come on lah, kau pun tahu aku ada banyak cable. Semua itu takkan pernah berkesan."

Uwais tersenyum lalu perlahan-lahan mengorak langkah ke arahnya. "Uwais.."Fatimah memanggil lembut namanya tapi tidak diendahkan. "バカじゃないの?
Bakajanaino? (Are you stupid?)"

Hah! Tadi Cina, sekarang Jepun. Baguslah tu dua beradik susuan ni. Keluar sudah aura anime Uwais ini. Rasanya kalau dia ada sharigan macam Sasuke tu, hancur sudah badan si Afif ni.

 N O A H Where stories live. Discover now