- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
KELUARGA Haji Abdul Ahmad bergelak ketawa di dapur sambil menikmati makanan. "Kau tahu Zulaikha, cucuPak Kadir, tu cantik! Bijak pula tu. Bukan macam orang tu."
Ujar Nek Jemah kepada anak perempuannya, Zulaikha sambil mata melihat ke arah Dara yang sedang makan bihun goreng. Zulaikha hanya mampu tersenyum sahaja.
"Dara, nak tambah lagi?"
Gadis yang baru berumur 11 tahun itu menggelengkan kepalanya. "Uwais?"Uwais pun menggelengkan kepala juga. "Eish kamu ni, badan tu kurus macam papan tahu tak? Cuba makan banyak lagi. Bagi berisi sikit badan tu. Tengok si Humaira tu takdelah kurus macam kamu ni, Dara-"
"Umi."
Uwais meletakkan garfu lalu memandang ke arah umi. Sebenarnya dia sahaja mencelah kerana tidak tahan mendengar lagi apa yang keluar daripada mulut neneknya. Dara di sebelahnya dari tadi hanya diam. Mulut dikemam kuat.
Nampak sangat macam mahu menangis tetapi ditahan. "Kenapa Uwais?"Soal umi dengan lembut. "Petang ni, jom pergi kedai buku. Uwais mahu beli peralatan menulis."
Dia menoleh ke arah Dara. "Kau nak beli apa-apa tak? Aku belikan."Dara angkat kepala lalu lihat ke arahnya. Bersinar terus matanya. "Nanti atuk belikan."
Anak mata mereka terus kepada Haji Abdul Ahmad yang sedang menghirup kopi. "Boleh juga. Dara nak buku rujukan karangan-"Satu gelakkan diberikan daripada Puan Zahirah.
Semua mula menumpukan perhatian kepadanya. "Tidak usahmeminta, macam lah atuk mahu belikan apa yang kau minta."Dara tunduk ke bawah. Sungguh pedih rasanya mendengar apa yang maksu dia katakan.
Kemudian, Dara menoleh ke arah atuknya. Hanya diam. Wajah tidak beraksi. Benarlah kata maksu, tiada siapa mahu beli apa yang akan dia minta walaupun barang dia mahukan itu penting untuk pembelajaran.
"Dara, jangan fikir apa yang maksu cakap. Nanti umi belikan tau!"
"Eh kau ni Ikha! Kau sayang sangat anak yatim piatu ni kenapa? Kau lupakan ke sebab dia lah, kak ngah kita meninggal?"
Puan Zahirah memusingkan bebola matanya. "Irah..jaga sikit mulut tu. Dia mungkin masih budak tapi dia sudah faham apa yang orang lain cakap..."Dara berdiri. Mulut tersenyum tawar.
"Dara pergi dulu..."
Gadis itu terus melangkah ke arah anak tangga untuk pergi ke biliknya. "Hah baguslah tu! Aku rasa kak ngah tiada ajar anak dia untuk kurang ajar. Ikut perangai bapak dia lah tu!"