AKU mengetuk meja belajar yang aku duduk di perpustakaan sekolah menggunakan pen hitam aku dan kepala aku direhatkan di atas meja. Sesekali adalah pengawas perpustakaan menegur aku kerana terlalu mengacau pelajar lain.
Noah di sebelah hanya memandang aku keliru. Sejak tamat waktu persekolahan tadi, tiba-tiba mood aku ke laut. Entah apa yang buatkan aku begitu pun aku tidak tahu. Kemudian aku mengeluh.
"What's wrong with you, Dara? Dah macam orang dah putus asa dengan kehidupan."
Tanya Noah kepadaku. Aku angkat kepala lalu pandang ke arahnya. Memang betul lah tu aku dah putus asa dengan kehidupan. Rasa nak pergi terjun bangunan je sekarang. "Noah..."Noah mengangkat satu keningnya.
"Kau tolong aku study boleh tak? Aku ada masa lebih kurang 3/4 weeks je nak study untuk trial nanti. Kalau tak, tamatlah riwayat hidup aku."
Kataku dengan tona yang sedih. Noah gelak. "Tamat riwayat hidup kau- seriously Dara? It's so funny!"Aku menghembus nafas lagi. Dia ingat aku ni penipu ke? Betul lah apa aku cakap, kalau aku tak study nanti, aku tak dapat jawab.
Tak dapat jawab, aku kena pergi kelas tambahan. Ya Allah, tak mahu aku lah! "Dan kelakar juga bila Uwais kata kau pelajar cemerlang kat Shah Alam ni tapi kau suruh aku, si hantu ni ajar kau?"
Gelak dia bertambah kuat. Nasib baik orang tak boleh nampak dan dengar dia. Kalau ya, mahu kami berdua kena halaunya dengan akak pengawas perpustakaan tu. Dahlah muka dia nampak macam nak sembelih orang.
Mungkin baru lepas kena reject dengan crush. Tapi kalau betul pun, tak payahlah libatkan kami si manusia yang tak bersalah ni. Aku pukul bahu Noah. "Kau ni- aku minta tolong pun tak boleh. Kau kan bijak. Tadi tolong aku jawab soalan form 4 tadi."
"Eish aku tolong kau jawab tadi sebab aku taknak kau malu depan kawan-kawan kau. Kau ni kan pelajar cemerlang."
Balasnya. Kini aku rasa wajahku berbahang. "Eleh, merahnya muka. Blushing lah tu."
Aku genggam tangan aku. Nak je aku tumbuk muka dia ni. Aku tarik nafas lalu mengukirkan senyuman nipis. "Aku cakap thank you tadi pun kau blushing."
"Eh bila masa? Aku rasa panas je time tu. Takda masa aku nak blushing dekat kau. Daripada blushing kat aku baik aku blushing kat Fatimah tu, dia cantik, comel pastu bijak pula tu-"
"Aku nak balik. Bye, assalamualaikum."
Aku berdiri. Buku yang bertaburan di atas meja tadi aku kutip lalu masuk dalam beg. Kemudian, aku mengorak langkah keluar perpustakaan. Noah pula hanya terdiam. Tak lama lepas aku pergi, Noah gelak.
"Haih, dia merajuk ke?"
AKU membuka pintu rumah dengan perlahan. Kasut dilepaskan. Aku pandang belakang aku. Tiada siapa. Noah tak ikut aku ke? Aku gelengkan kepala aku. Biarlah dia. Aku tutup pintu rumah lalu berjalan ke arah bilik.
Pintu bilik di tolak dan suis kipas di tekan. Beg sekolah aku letak di tepi meja belajar. Kemudian aku baring di atas katil. Mata memandang ke arah siling bilik.
Bila fikir balik kan, aku rasa aku terlampau selasa dengan Noah. Rasa segala ketakutan aku hilang. Rasa pun tak sama macam aku dekat dengan Uwais. Kalau aku dengan Uwais, rasa trauma tu masih ada walaupun aku tahu dia baik.
Dia seperti abang aku. Aku menghembus nafas. Aku bangun lalu membawa langkah ke arah almari baju untuk membersihkan diri. Okay, lupakan pasal itu. Harini nak makan apa eh?
Selepas beberapa minit, aku pun sudah selesai bersihkan diri. Aku hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang warna ungu dan tracksuit hitam. Aku mengorak langkah ke arah dapur.
Sesekali aku memandang sekeliling, tiada kelibat Noah. Mana pula laki ni pergi? Aku hanya mengeluh lalu mengambil barang-barang untuk masak.
Sayur-sayuran di bawa ke singki untuk basuh. "Noah ni sesat ke-"
"Miss me Dara?"
Timun yang aku pegang tadi terus terlepas dari tangan aku. Aku menjerit. Kemudian aku dengan seseorang gelak. Mata memandang ke sisi bahu. Ia Noah. Noah Kavindra sedang gelak sambil pegang perut dia.
Aku menoleh ke arahnya. "Ingat lawak lah buat macam tu? Kau buat lagi, aku halau kau dari sini-"
"Eleh nak halau konon. Aku takda 2 jam pun cari. Kata aku ni sesatlah apelah-"
Balasnya. Aku hanya ketap gigi aku lalu sambung membasuh sayur-sayuran tadi. "Kau nak masak apa ni?"
Hah cakap pasal tu kan. Aku pun tak terfikir nak masak apa. Aku angkat kedua bahu aku tanda aku tidak tahu. "Kau nak makan apa-apa ke- lupa, kau hantu."
Aku dengar Noah mengeluh. "Aku hantu pun boleh makan lah."
"Ye ke? Tak pernah aku nampak hantu makan. Hantu yang duduk kat dalam rumah ni pun tak pernah makan. Kacau aku adalah."
Mata Noah terbuka luas. "Wait- rumah ni ada hantu?"Aku angguk. Aku tak tipu. Banyak hantu ada tapi sejak Noah datang mereka terus hilang. Noah memandang sekeliling seolah-olah mencari sesuatu.
"Aku tak pernah nampak pun."
"Memanglah, sejak kau datang mereka semua hilang. Tapi baguslah, takdelah aku kena hadap diorang tolak almari malam-malam buta."
Noah menelan air liurnya. Nampak macam takut. Haih, hantu pun takut dengan hantu eh. Limited betul. "Kau tak pernah nampak hantu ke? Tengok reaction takut semacam je."
"Takdelah. Banyak hantu aku jumpa. Macam-macam jenis tapi diorang tak dekat dengan aku pun."
"Kau kawan dengan diorang ke?"
"Pernah. Tapi sekali jelah. Mungkin sebab aku ni handsome sangat, dia lari dari aku."
Aku gelak. Perasan.
"Kau tak takut ke dengan diorang?"
"Tak. Diorang pun asalnya manusia kan. Kisah macam mana diorang mati pun tragis."
Aku angguk sahaja. Betul lah apa dia cakap. "Anyway, mana crystal? Tak nampak pun dia."
Okey aku lupa nak beritahu. Aku ada bela seekor kucing. Nama dia Crystal, Noah yang bagi. Sebenarnya, Noah yang jumpa kucing tu masa aku berjalan dengan dia pulang dari sekolah semalam. Dia mohon pada aku yang dia nak bela kucing tu.
Jadi oleh sebab aku nak tutup mulut dia, aku pun setuju. Aku ni jenis orang yang tak suka kat kucing sangat. Takut dia cakar aku.
"Entah. Adalah tu main kat luar."
Kataku sambil mengaul lauk yang aku masak tu. Aromanya wangi. Aku memutuskan untuk masak lauk ayam masak merah harini. Sesekali tu aku nak ajak Uwais dan Ummi untuk jamah sekali masakan aku.
"Okay lah camtu, aku nak pergi cari Crystal jap. Bye!"
Aku hanya tersenyum sahaja lalu mencapai telefon pintar ku untuk menelefon Uwais. Memintanya untuk datang ke rumah aku untuk jamah masakkan aku.
-, t.b.c ,-
YOU ARE READING
N O A H
Random- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi. Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...