i L u s i | 34

46 6 0
                                    

AKU turun daripada kereta lalu mengorak langkah ke rumah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU turun daripada kereta lalu mengorak langkah ke rumah aku. "Dara, tak nak tinggal dengan kitaorang dulu ke hari ini?" Aku menggelengkan kepala.

"Takpelah Kak Ijah..terima kasih."

"Nanti umi hantar makanan ye."

Sekali lagi aku menggelengkan kepala. "Tidak apa umi, susah-susah je." Aku tergelak kecil. Ya Allah, penat sungguh badan ini. Rasa seperti mahu tumbang.

"Mana ada susah, lagipun Dara kan anak umi."

Aku hanya tersenyum. "Okaylah kalau macam tu.."Aku menyalam tangan umi lalu tangan Kak Ijah pula. Tidak lupa juga untuk aku beri senyuman pada Encik Farizal, ayah Uwais.

"Dara pergi masuk dulu ya, terima kasih untuk hari ni."

AKU menolak pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU menolak pintu rumah. Seperti biasa, gelap. Aku mengeluh sebelum berjalan ke arah suis. Suis lampu dibuka. "Dah balik?" Aku tersentak. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah suara tersebut.

Tampak Noah sedang berdiri menghandap tingkap. Entah bila dia datang pun aku tak tahu. Aku hanya mengendahkannya lalu membawa langkah ke arah bilik aku.

Aku penat. Nak rehat. Katil pun rasanya macam dah panggil aku.

"Something happened today right?"

Langkah aku terhenti. Noah mengeluh sambil berjalan ke aku. Aku tunduk memandang lantai. Air mata jatuh lagi. Aku tidak kuat. "Dara.."

Aku cepat-cepat mengelap air mata aku sebelum membuka pintu bilik. Maaf Noah tapi bukan sekarang. Noah hanya meraup wajahnya. Dia berjalan ke dapur lalu duduk di meja makan.

Dia merehatkan kepala di atas meja. Perlahan-lahan air matanya pula yang turun. Tangan kanan diangkat sehingga berada di hadapan wajahnya. Tangan yang hampir pudar seperti lukisan yang dipadam.

"don't make me like this, Dara..i don't have much time left."

Mata hazel milik Noah kemudiannya melihat sebuah bingkai gambar yang tersusun rapi di atas laci yang berdekatan dengan televisyen. Dia ukirkan senyuman.

 N O A H Where stories live. Discover now