- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"KEPUTUSAN percubaan SPM keluar bila?"Soal Noah kepadaku yang sedang membelek nota yang diberikan oleh cikgu. Aku sedang belajar sambil mendengar lagu.
Telefon telinga ditanggalkan dan aku menoleh ke arah Noah. "Hmm, next month maybe?"
"How about SPM?"
"6 November."
Noah angguk. "2 bulan lagi..."
Aku menumpukan perhatian kepada ulang kaji aku kembali. Semakin lama aku rasa semakin stres. Tambahan lagi apa yang berlaku di sekolah baru-baru ini.
"Ada apa cikgu nak jumpa saya ni?"Ujarkusejurus sahaja aku memasuki bilik disiplin. Katanya Cikgu Munirah mahu jumpa aku, ada hal yang perlu dibincangkan Katanya.
"Duduk dulu."
Aku pun melabuhkan punggung ke atas kerusi. "Dara, awak merupakan pelajar harapan kami. Kamu, Uwais dan juga Fatimah. Awak jangan hampakan kami. Kami meletakkan harapan tinggi pada awak."
Aku mengemam bibir. 'ibu letak harapan tinggi pada kamu, sayang.'
Suara arwah ibu aku muncul dalam otak aku. Sejujurnya aku tidak suka orang meletak harapan tinggi pada aku. Aku takut hampakan mereka. Itu merupakan tanggungjawab yang amat berat sekali.
Aku pasti. Kalau Uwais dengar apa yang cikgu Munirah sampaikan ini, dia akan mengamuk. Dia paling sensitif jika orang meletakkan harapan tinggi padanya. Itu semua disebabkan trauma yang dia lalui.
"Saya harap awak faham Dara. Awak cakap awak nak ambil kos medic kan? And nak masuk Oxford University right?"
Perlahan-lahan aku angguk. Itu memang impian aku. Dari dulu lagi.
"Jadi saya harap sangat awak dan juga kawan awak yang lain dapat mengharumkan nama sekolah kita lagi seperti kakak dan abang awak. Dian Aathif and Darlene Adella."
"Dara? Did you hear me?"
Aku berhenti mengelamun saat Noah menyentuh bahu aku. "Oh god! What's going on with you? You look so stressful."Aku menggelengkan kepala aku. Aku tidak boleh tunjukkan sikap lemah aku kepada Noah.
"Jangan risau. Aku okay. Biasalah hampir nak SPM kan."
Dari sudut pandangan Noah, dia tahu yang aku menipu tapi dia hanya berdiam diri. "Nanti kau nak masuk university mana and amik kos apa?"
"Oxford University and kos medic."
Jawabku ringkas. "Wow! That's good! You know what, I used to be at there tho— I mean before I died."