i L u s i | 30

43 7 0
                                    

FATIMAH daripada tadi tidak berhenti membelek halaman buku rujukan esei bahasa Inggerisnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATIMAH daripada tadi tidak berhenti membelek halaman buku rujukan esei bahasa Inggerisnya itu. Selepas sahaja kaki melangkah keluar daripada dewan, Fatimah terus mendapatkan aku.

"Macam mana nak buat ayat ni jadi lebih gramatis?"

Aku melihat sebuah buku nota milik Fatimah. Isinya adalah esei yang Fatimah tulis. "kau boleh guna slumber instead of sleep."Kata aku sambil jari menunjuk ke arah ayatnya yang mempunyai perkataan 'sleep' itu.

Fatimah mengangguk. "Thank you!"Aku lakarkan senyuman tipis. "Korang ni belajar bi, bi easy je lah!"Suara nyaring milik Uwais itu membuatkan kami berdua mengangkat kepala.

Uwais duduk di kerusi yang berada di hadapan kami. "Bagi kau, senanglah. Kau tokoh nilam bahasa Inggeris."Balas Fatimah seraya memusingkan kedua-dua bola matanya. Uwais memang bijak dalam subjek ini.

Dia nampak aja seperti orang yang tidak berpendidikan dengan perangai yang nauzubillah-nya itu, tapi sebenarnya, dia lain daripada yang lain!

Uwais tergelak kecil. "Siapa suruh kau tak rajin baca buku— ouch!"Uwais mengusap bahunya yang baru sahaja dipukul oleh Fatimah menggunakan kamus bahasa Inggeris.

"Apa masalah kau ni—"

"Kau yang bermasalah sekarang ni!"

"Asal aku pula !?"

Fatimah dan Uwais mengetap gigi. Aku pula hanya mampu menggelengkan kepala. Hadeh, ada aja benda nak digaduhkannya. Nanti lama-lama jatuh cinta baru tahu— eh.

"Eish! Dah lah, malas aku layan kau!"

Fatimah menghentak kakinya lalu pergi daripada situ. Uwais pula mengerdipkan matanya. "Apa salah aku—"Uwais mengeluh. Sesungguhnya orang perempuan ini memang susah untuk difahami.

Jadi, sebagai lelaki yang baik, kita perlulah mengalah dan menerima sahaja itu salah kita walaupun itu bukan salah kita. Ini fakta, bukan auta.

"Dara."

Wajah yang tadi memandang ke tempat yang Fatimah pergi itu beralih kepada aku.

"Kau dah ada hala tuju?"

"Kau dah ada hala tuju?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 N O A H Where stories live. Discover now