- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TIDAK sangka sudah hampir sebulan aku dan Noah bersama. Banyak kenangan yang kami telah bina. Sepanjang waktu itu, aku mulai kenal Noah dengan lebih dalam. Wajahnya nampak je baik tapi perangainya kadang-kadang boleh buat orang istigfar.
Sebagai contoh, waktu aku sedang tidur. Niat nak kejutkan aku tapi aku tak sedar jadi dia pergi ambil gelas berisikan air lalu menuangnya padaku. Dua hari aku merajuk dengan dia.
Dia juga meminta ku untuk memberitahunya tentang Islam. Katanya kerana dia nampak Islam itu indah. Aku terfikir yang pelik sebenarnya bila hantu nak tahu pasal ini. Di luar jangkaan.
Sekarang, aku dan dia berada di sebuah perpustakaan awam yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan aku. Pada awalnya, Uwais ada bersama kami tetapi dia telah pulang dulu kerana ummi memerlukan bantuan darinya.
Jadi tinggal lah kami berdua. Aku membaca buku rujukan subjek kimia sambil tangan memegang erat pen hitam. Aku menghembus nafas. Banyak kali aku membacanya tetapi aku masih tidak faham.
Subjek Kimia merupakan subjek lemah untuk aku. Aku paling benci subjek itu. Aku menggaru kepalaku. Sabar Dara, kau nak jadi doktor kan?
"Are you okay, Dara?"
Aku menoleh ke arah Noah. "Nampak macam aku okay ke sekarang ni? Takkan."Noah tergelak. Kemudian dia berdiri di belakang aku. Badannya ditundukkan sedikit, matanya memandang ke arah nota aku.
Tangannya pula berada di atas meja. "Mana yang kau tak faham?"Jantung aku mula berdegup laju, muka rasa bahang. Perasaan apa macam ini? Tak pernah aku rasa begini bila dekat dengan lelaki lain, tapi Noah? Kenapa ia rasa macam ini?
Takkan lah aku dah jatuh cinta dengan dia? Tidak, tidak, tidak. Orang gila je jatuh cinta pada hantu!
"Dara?"
"Hah, yes?"
"Mana satu kau tak faham? Aku terangkan."
"Oh! Yang ini!"
Balasku sambil tangan ditunjukkan pada buku. "Oh yang ini, macam ni..." Noah menerangkannya padaku. Aku hanya mengangguk sahaja. Sesekali aku tanya padanya jika aku tidak faham apa yang diterangkan.
Kadang-kadang ada masa aku tak fokus apa yang dijelaskan oleh Noah, mataku tidak henti memandang wajahnya. "Faham tak?"Aku memandang ke arah buku nota aku.
"Noah, kau sempat ambil spm kan?"
Noah menarik kerusi di sebelahku lalu duduk. "Haah, kenapa?"Soalnya kembali. "Susah tak spm?"
"Hmm, susah. Kalau kau tak study. Don't worry lah Dara, aku tahu kau boleh buat. Nanti aku ada sekali dengan kau masa exam tu, aku bantu kau jawab soalan—"
Aku tepuk bahunya. Orang lain mungkin akan cakap peluang jangan disia-siakan tapi aku tidak. Pelajar lain bertungkus lumus menjawab soalan, aku pula ada orang tolong? Tidak adil lah begitu! Tak guna kalau aku dapat straight A nanti kalau orang bantu aku.