- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SUASANAdi luar rumah pada pukul 6.40 pagi masih lagi gelap. Aku duduk di atas sofa sambil membaca nota tentang perkataan bahasa Inggeris yang sulit. Noah pula duduk bertentangan dengan ku.
"So Noah, you promised me yesterday yang kau nak beritahu aku apa yg jdi semalam. So?"
"It's too early right - pergilah sekolah, nanti lambat-"
Aku tutup buku nota itu. Mataku memandang tajam ke arahnya. "Kau nak mengelak kan?"Noah mengetap bibirnya. Kepalanya ditundukkan. "Noah-"
"Aku pergi jumpa keluarga aku semalam."
Hah? Jumpa keluarga dia?
"My mom... she's dead."
Noah angkat wajahnya. Kelihatan air mata sudah membasahi wajah kacaknya. Matanya merah.
"Diorang kata dia meninggal dunia sebab kanser. Mak aku ada kanserpayudara jadi-"
Jujur. Aku tidak tahu mahu membalas apa. Aku buntu. Noah mengesat air matanya. Dia menarik nafas panjang lalu senyum ke arahku. "Don't worry about it Dara. Focus kan exam nanti."
Apa yang aku boleh balas? Jadi aku angguk sahaja. "And pasal nota yang kau tulis tu, aku tak baca. Lepas je kau masuk dewan tu, aku terus pergi jumpa dengan diorang-"
"Noah, kau kena kuat tau! Jangan pernah putus asa! Nanti kau boleh jumpa mak kau kat syurga.."
Noah senyum lagi. "Bukankah orang yang bukan Islam seperti aku takkan pernah masuk syurga? Tempat kami di neraka kan?"
Senyuman di wajarku terus hilang. Sekarang rasa macam waktu terhenti. Kemudian, Noah gelak. "Forget about it. Jom pergi sekolah."Noah berdiri lalu berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka lalu dia keluar tinggalkan aku seorang di dalam rumah.
Aku rasa sebak dan terdiam. Benar. Memang benar apa yang dia katakan. Aku menarik nafas dalam, cuba untuk tenangkan fikiran. Beg sekolah aku galas pada bahu kemudian mengorak langkah ke arah pintu.
Aku faham perasaan Noah tambah lagi aku pernah lalui fasa itu. Pedih rasanya, luka tapi tak berdarah. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana aku ketika itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.