i L u s i | 𑁍

185 19 0
                                    

TELEFON telinga berada di atas kepalaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON telinga berada di atas kepalaku. Lagu 'Here with me' dipasang. Langit yang cerah serta awan warna putih mencantikkan lagi ciptaan Yang-Maha Berkuasa. Aku, Dara Aerylana . Seorang gadis berusia 17 tahun. Nama aku tak seindah kehidupan aku. Banyak benda pahit yang aku rasakan sampai ia menjadikanku trauma.

Trauma aku? Aku trauma dengan lelaki. Bagi aku, semua lelaki itu sama sahaja seperti orang yang pernah merosakkan hidup aku dan zaman kecilku. Uwais Adrian. Satu-satunya kawan masa kecil aku ataupun boleh dianggap sebagai sepupu aku. Dia selalu berada di sisi aku, beri aku sokongan moral. Entah kenapa bila aku bersamanya, aku rasa tenang. Dia juga selalu berkata

"Suatu hari nanti, kau pasti akan jumpa dengan seseorang yang akan jaga kau, sayang kau dan cintakan kau sebab kau itu Dara Aerylana, bukan sebab kau cantik,pandai dan sebagainya."

"Kau juga kena ingat, perancangan Allah memang terbaik."

Aku harap begitulah. Aku berjoging menuju ke pantai. Jam masih pukul 7:30 pagi, aku pasti tiada orang berada di pantai pada waktu yang sebegini. Sampai di sana, aku berhenti. Aku menarik nafas. Kemudian mata memandang ke arah pantai.

Ada seseorang sedang duduk di bangku.

Aku mengeluh. Niat mahu bersendirian tapi ada orang lah pula. Dahlah duduk di bangku yang selalu aku duduk. Aku menggelengkan kepala. Lantak mu lah. Aku mengatur langkah ke arah air laut.

Ombak yang sejuk mengenai kaki ku. Satu badan rasa menggigil kesejukan. "piáoliang (beautiful)"Aku pandang ke arah kanan aku. Terbuka luas mata aku melihat sang pemilik suara.

Lelaki yang duduk di bangku aku tadi! Eh maksud aku, bangku awam. Dia berdiri di sebelahku sambil kedua-dua tangan di dalam poket seluar serta mata memandang ke arah laut. Rambut yang berwarna hitam serta mata warna hazel.

Dia juga tinggi. Mungkin dalam 180 cm?

"海的声音很平静
Hǎi de shēngyīn hěn píngjìng (bunyi air laut memang sangat tenang)"

"hmm, yes you're right"

Lelaki itu terus pandang ke arah aku dengan riak muka yang terkejut. Aku pun memandang ke arah dia juga. Dah kenapa dia ni? Muka terkejut macam baru nampak hantu. Dia terkejut sebab aku faham apa dia cakap ke?

Tapi tak usahlah, aku dari dulu memang diajar bahasa Cina. Aku lihat ke arah laut kembali. Ada sesuatu yang tak kena. Hmm— aahh! Yes! Aku tutup mulut aku. Ini pertama kali aku cakap dengan lelaki serta berdiri sebelah dengan sangat dekat selepas kejadian tu!

Aku telan air liur aku. Jantung berdetak pantas. Rasa seperti peluh mula mengalir. Badan rasa seram sejuk. Aku tarik nafas, cuba kawal lalu pusingkan badan untuk pergi.

"You— you can saw me?"

Langkah aku automatik terhenti. Apa maksud dia? Dia berlari ke arah aku. "Hey—"Dia pegang bahu aku tapi dengan cepat aku tepis. Fikiran negatif mula muncul. Adakah kejadian yang sama akan berlaku lagi? Tangan aku mula menggigil.

"Yes, I can saw you. What's wrong?"

Dia pandang ke arah tapak tangannya. Riak muka macam tak sangka apa yang sedang berlaku. "How can you saw me?"Soalan pelik muncul dari mulutnya lagi. Aku garu kepala aku. Dia ni dah kenapa. Dari aku takut terus aku rasa nak gelak.

"Huh? What do you mean? You said like you're a ghost—"

"Yes. I'm"

Tiba-tiba rasa seperti masa terhenti. "Pardon?"

"I'm a ghost. I died 2 years ago."

-, end of the prologue ,-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-, end of the prologue ,-

 N O A H Where stories live. Discover now