i L u s i | 17

51 9 0
                                    

USAI sampai di hadapan kelas, aku terus mengorak langkah ke arah meja aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI sampai di hadapan kelas, aku terus mengorak langkah ke arah meja aku. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah. Aku tidak ditugaskan pada waktu pagi. Aku mengeluarkan buku latihan dan buku rujukan subjek Kimia.

Suasana di dalam kelas ketika ini masih lagi sunyi. Masih tidak ramai lagi pelajar yang hadir. Tanpa buang masa, aku pun terus mengulang kaji pelajaran Kimia. "Morning, Fatimah!"

Pen di tanganku jatuh di atas meja. Aku angkat kepala. Nampak wajah Fatimah yang pucat dan lesu. Mata bengkak macam baru lepas menangis. Aku tunduk kembali, bibir bawah digigit.

Sungguh tidak sanggup aku melihat wajahnya. Sakit. Rasa serba salah mula menghantui aku. Hatiku berbisik untuk memperbaiki hubungan kami sebelum semuanya menjadi bubur.

Aku menghembus nafas. Aku rasa mahu menangis. "Kau okay tak ni? Nampak pucat sahaja muka kau tu."Salah seorang teman kelas kami bertanya. Fatimah hanya tersenyum sambil berjalan ke arah tempat duduknya.

Di hadapan aku. "Aku okay. Cuma kebelakangan ni, aku stres sedikit. Mungkin sebab SPM?"Dia menghamburkan gelak. Tawar. Aku memejam mataku. Fikiran negatif mula muncul di dalam kepala.

"Kau ni, kalau stres sebab itu sekali pun, janganlah sampai tak jaga kesihatan sendiri."

Ujar Aisya. Fatimah hanya tersengeh sambil mengangguk. Aku yang berada di belakangnya hanya mampu menahan kepedihan di hati. Aku memandang tingkap. Bila aku lihat langit, tenang sikit hatiku ini.

 Bila aku lihat langit, tenang sikit hatiku ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SEORANG je kah?"Aku menoleh ke kanan aku. Uwais datang bersama pinggan yang berisikan mee goreng lalu duduk di sebelahku. Aku angguk. "Fatimah, dia..."Uwais memegang bahuku. "Jangan risau pasal dia. Kejap je hati dia tu sejuk. Perempuan kan?"

Ujar Uwais untuk menenangkan hati aku. Aku hanya mampu tersenyum lalu menjamu nasi lemah yang aku beli tadi. Fuh, tak boleh tipu! Nasi Lemak Cik Kiah, mak cik kantin sekolah aku memang terbaiklah!

 N O A H Where stories live. Discover now