- "teruntuk, Dara Aerylana | iLusi.
Dara Aerylana, nama tidak seindah kisah hidupnya. 10tahun. Satu tempoh yang agak lama baginya untuk bertahan dalam neraka yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Setiap waktu, air mata akan jatuh membasahi pipi. Segala...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU peribahasa dipegang erat oleh tanganku. Mulut tak berhenti-henti menyebut peribahasa. Aku harap aku tak lupalah apa yang aku hafal ni. Fatimah yang berada di sebelah kananku pula sedang membuat latihan karangan.
Mata aku memandang ke arah jam dinding. Lagi 30 minit sebelum peperiksaan Bahasa Melayu akan dijalankan. Haih, aku gementar. "Don't be nervous. It's just a trial."
Aku menoleh ke arah Noah. It's just what? A trial? Hahaha. Kau bijak, bolehlah cakap macam itu. Aku ni pula walaupun tahu ini cuma percubaan, aku tetap rasa gementar.
Rasa macam sekejap lagi aku akan ambil peperiksaan yang akan menentukan perjalanan hidupku seterusnya.
"Tadi aku pergi bilik guru, usya sikit apa keluar nanti. Nak aku share?"
Tawarnya dengan selamba. "Gila dia ni—"
"Okay pelajar. Sila berkumpul dan beraturmengikutkedudukan meja kamu, kita akan masuk ke dalam dewan dalam masa 10 minit dari sekarang."
Kata Cikgu Fiza. Aku menghembus nafas lalu meletakkan buku dalam beg. Tidak mengapa Dara, itu hanya percubaan. Nanti yang ambil keputusan kau pun Ummi, bukannya orang lain.
"Goodluck Dara!"
Ujar Uwais sambil mengukirkan senyuman manis di wajah. "Jangan tiru pula nanti masa exam."
"Kau cakap kat diri kau ke, Uwais?"
Uwais gelak. "Apa-apa jelah."Dengan itu, dia pun beredar. Aku memandang ke arah Noah yang duduk bersandar pada tiang dewan. Noah dan buku lukisannya memang tak boleh berpisah.
Aku berasa hairan, apa yang dia lukis selalu eh?
"Dara! Cepat!"
Fatimah memanggilku. Tanpa fikir panjang, aku terus mengorak langkah ke arahnya. Hati tidak berhenti berdoa agar sewaktu menjawab peperiksaan nanti, kami semua dipermudahkan urusan.
Noah melihat ke arah Dara yang sedang bergelak sakan dengan Fatimah. "Haih dia ni.."Lalu dia sambung melukis kembali.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.