Bab 4

3.8K 147 40
                                    

Pang!

kepala Ghazi terteleng ke kanan akibat tamparan padu daripada Lily. Nafas Lily turun naik menahan marah. Ghazi tertawa sinis dengan matanya masih tajam menilik tiap inci wajah Lily yang sudah kemerahan.

"Kenapa marah? Sebab benda betul kan? Pantang tengok lelaki semua kau nak layan. Apa tak cukup ke selama ni aku sorang yang layan kau?! Perlu ke kau nak cari lelaki lain?! Siap bertepuk ketawa bagai!! Mana maruah kau sebagai perempuan hah?!" Jerkah Ghazi lantang membuatkan kedua bahu Lily terangkat. Kini Lily teringat tentang Harris Aiman yang tiba-tiba muncul di kedai bunga siang tadi. Air matanya mulai bertakung. Sudahlah mental dan fizikalnya penat ditambah pula dengan kata-kata fitnahan daripada Ghazi yang tak masuk akal dan langsung tidak memberinya peluang untuk jelaskan perkara yang sebenar.

"Encik takda hak nak marah saya macam ni. Saya bukannya siapa-siapa dalam hidup Encik!" Bidas Lily geram. Semakin mencerlung mata Ghazi mendengar ayat yang baru sahaja keluar daripada mulut Lily.

"Lelaki tadi tu kawan baik saya kat sekolah lama dulu. Saya layan dia sama macam saya layan kawan-kawan yang lain termasuk Encik!" Sambung Lily lagi. Memang betul kan, dia dan Ghazi hanya kawan. Jadi kenapa perlu cemburu atau sakit hati jika dia dekat dengan lelaki lain.

"Jadi selama ni kau anggap aku sebagai...'kawan'?" Ghazi melepaskan keluhan berat dengan senyuman sinis yang tak lekang dibibirnya. Lidahnya menolak dinding pipinya dari dalam. Perkataan 'kawan' yang ditekankan oleh Lily membuatkan hatinya benar-benar panas. Kalau Lily ni kaum sejenisnya memang sudah lama si gadis itu makan penumbuknya.

Lily semakin bingung mendengar pertanyaan daripada Ghazi. Kalau bukan kawan, apa? Ayah dan anak? Ibu dan anak? Atau abang dan adik? Kalau nak cakap couple, tak mungkin. Sebab Ghazi sendiri tak pernah meluahkan perasaannya kepada Lily. Kalau ada pun semuanya Lily anggap sebagai gurauan antara dia dan Ghazi.

"Okey. Fine! Aku nak kau dengar sini baik-baik Lily. Kau, bukan lagi kawan aku dan aku dah tak sanggup nak berkawan dengan perempuan murahan macam kau! Dan satu lagi, selama ni aku tak pernah anggap kau sebagai kawan dan aku jijik nak dekat dengan perempuan macam kau!" Ghazi angkat kaki meninggalkan Lily dan terus memandu keretanya meninggalkan tempat tersebut tanpa mempedulikan Lily yang terduduk menangis di atas jalan raya.

"Mamaaa.. kenapa semua orang benci adik? Adik ni jahat sangat ke sampai semua orang nak hina adik, kutuk adik macam-macam. Mamaaa, adik nak ikut mama" rintih Lily sayu. Hujan yang tiba-tiba turun membasahinya tidak dipedulikan. Lily menangis semahu-mahunya dengan menarik dan memeluk lututnya ke dada.

********************

Lily sampai di rumahnya dengan pakaiannya yang basah kuyup akibat hujan lebat tadi. Dia terus membersihkan diri kerana takut terkena demam.

Selesai mengeringkan rambut, mata Lily tertancap ke arah telefon samsung miliknya. Nak call ke tak? Kalau call, nak ke si Ghazi jawab? Lily jadi buntu. Niatnya cuma satu, mahu meminta maaf sebab dah terkasar dengan Ghazi. Dia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tetapi disebabkan hilang sabar, tangannya hinggap juga di muka Ghazi. Siapa suruh celupar sangat, ye tak?

Lily tarik nafas dalam-dalam sebelum mencapai telefon pintarnya. Nombor Ghazi dicari dan ditekan. Lily menunggu dengan penuh sabar tetapi talian akhirnya dimatikan. Lily mencuba sekali lagi, tapi hampa.

"Esok aku cuba call lagi lah" kata Lily pada diri sendiri. Sebelum tidur, Lily mengambil dua tablet paracetamol. Kepalanya tiba-tiba terasa pening dan sedikit panas.

Pagi itu tidak seperti biasanya, Lily masuk kerja awal kerana mahu menyimpan dan membungkus bunga-bunga yang digubah semalam ke dalam kereta milik Puan Karen untuk dibawa ke rumah pelanggan mereka.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now