Bab 5

3.9K 152 35
                                    

Jari jemari runcing Lily mula mengetuk huruf-huruf yang tertera di atas skrin telefon jenama samsungnya.

Lily membaca semula ayat-ayatnya sebelum dihantar kepada Ghazi. Pada mulanya dia terfikir nak meluahkan perasaannya kepada Ghazi. Tapi bila ingat balik, mesti Ghazi membencinya sekarang. Kalau dah benci, sudah tentu Ghazi reject dia. Dahlah dia tu perempuan, malu kot kalau kena reject dengan crush sendiri.

Oleh sebab itu, Lily mengambil keputusan untuk mengirimkan kata-kata maaf sahaja kepada Ghazi. Sekurang-kurangnya, kalau umur dia tak panjang, dia dah minta maaf kepada Ghazi atas kesilapannya yang lepas laku.

Lily melepaskan keluhan. Tinggal beberapa hari lagi dia akan tinggalkan Malaysia dan menyambung pengajiannya. "Semoga aku dapat lupakan dia lepas ni. Ingat Lily, perempuan macam kau tak layak untuk lelaki sesempurna Ghazi. Sedar diri Lily. Kau tak layak untuk mana-mana lelaki! Kau kuat Lily dan kau boleh buang dia jauh dari hidup kau. Chaiyokkk Lily! Malaysia boleh!" Lily memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Walaupun terasa sedikit pedih di dalam hatinya, tapi nak buat macam mana. Only her can make herself happy.

********************

Ghazi hanya menatap iphonenya yang berdering tanpa ada niat untuk menjawabnya. Panggilan daripada Lily. Hatinya masih sakit mengenangkan senyuman dan ketawa Lily yang dipamerkan untuk lelaki lain.

"Kau milik aku Lily Rose! MILIK AKU! SAMPAI BILA-BILA KAU MILIK AKU SEORANG! KAU FAHAM TAK!!! Argghhhhhhh!!" Pekik Ghazi lantang. Semua fail dan kertas yang berada di atas mejanya ditolak kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Tangannya naik mencengkam rambut sendiri.

Buat pertama kalinya, Ghazi mengalirkan air matanya untuk seseorang yang bergelar wanita. Ghazi terlalu mencintai Lily. Tanpa sedar, ego menguasai dirinya sehingga dia sanggup mengabaikan gadis pujaannya itu.

Setelah menghadiri mesyuarat siang tadi, Ghazi mengambil keputusan untuk stay saja di pejabatnya. Malam mulai melabuhkan tirainya, dan Ghazi masih setia bertapa di syarikat miliknya. Deringan panggilan digantikan dengan bunyi notification daripada message yang diterimanya. Perlahan-lahan Ghazi mencapai iphonenya dan dibuka. Message daripada Lily.

Assalamualaikum Encik,

Ini saya Lily. Sebenarnya, saya text Encik sebab saya nak minta maaf atas kesalahan dan kekasaran saya terhadap Encik sebelum ni. Demi Allah, saya tak berniat langsung nak buat macam tu, jauh sekali nak berkasar dengan sesiapapun. Walaupun perkenalan kita tak lama, saya bersyukur sebab dapat berkawan dengan orang yang baik macam Encik. Terima kasih ya Encik sebab sudi luangkan masa dengan orang macam saya. Sekali lagi saya minta maaf. Encik jaga diri ya. Saya doakan Encik sentiasa sihat dan dilimpahkan keberkatan oleh Allah swt. Itu saja yang saya nak bagitahu. Bye Encik Ghazi. Have a good day!

Sekali lagi air mata jantannya jatuh. Walaupun Ghazi tahu dirinya juga bersalah dalam hal ini kerana terlampau menyanjung egonya, tapi Lily tidak pernah menyalahkannya malah Lily sendiri yang mencarinya untuk meminta maaf. Ghazi menjerit sekuat hatinya

"Yes! I'm jealous because I'm not ready to share you with anyone else Lily. You are mine Lily Rose and only mine! I really miss you sayang, please..please don't leave me" rintih Ghazi sebelum matanya terkatup. Ghazi akhirnya tertidur dengan kepalanya diletakkan di atas meja kerjanya.

********************

Seminggu berlalu, Ghazi yang sedang menikmati sarapan pagi di penthouse miliknya berasa pelik apabila sejak semalam dia tidak mendapat sebarang panggilan daripada Lily. Sedangkan sebelum ini, hampir setiap hari Lily menelefonnya walaupun tidak mendapat respon darinya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now