Bab 46

2.7K 99 14
                                    

Kini, semua pasang mata dan telinga difokuskan pada gerakan bibir wanita tua gila yang bernama Datin Zaiton...Ops! Datin Zaskiah itu.

"Aku suka soalan kau..si kacak!" Sempat Datin Zaskiah mengenyitkan sebelah matanya buat Aryan yang bertanyakan soalan.

Manakala yang lain sudah tercengang. Datin Zaskiah ngorat Aryan ke? Fulamakkkkkk! Ni kalau mommy Yash tahu, bukan setakat Datin Zaskiah, sekali dengan Aryan dia smackdown. Kepala ke bawah, kaki ke atas!

Datin Zaskiah senyum sinis.

Hujung pisau rambonya dilorek tanpa ditekan pada wajah mulus Lily. Hampir tidak bernafas Lily dibuatnya. Sedikit je Lily bergerak, pasti pisau tersebut menembusi kulitnya.

"Aku nak.........."

"SEMUA HARTA HISYAM JADI MILIK AKU!" Tegas Datin Zaiton senafas! Lily pula terkedu mendengar permintaan Datin Zaiton.

"A-apa kau cakap ni? Bu-bukan semua harta papa memang dah jadi milik kau ke?!" Terketar-ketar Lily membalas kata-kata ibu tirinya yang tidak dianggap sebagai ibu itu.

"Jadi kau tak tahu lagilah tentang tu? Fine! Sekarang aku akan bagitahu kau!"

"Sebelum Hisyam meninggal, dia sempat buat wasiat pewarisan harta dan asetnya. Dan kau nak tahu isi wasiat tu apa?" Lily masih terkaku di tempatnya. Nak tarik nafas pun kena fikir dua tiga kali.

"Sembilan puluh persen aset milik Hisyam dia serahkan pada kau. Aku dan anak-anak aku pula hanya dapat sepuluh persen je!! Kau rasa adil ke macam tu?!"

"Sedangkan selama ni aku yang banyak tolong dia, berkorban segala-galanya untuk Syam tapi apa yang aku dapat?!" Tambah Datin Zaskiah lagi. Lily berfikir sejenak. Apa yang Datin Zaskiah korbankan untuk papa? Dia tolong papa apa?

"Kalau kau mati, secara automatik semua harta tu akan jadi milik aku dan anak-anak aku! SEBAB TU AKU NAK SANGAT KAU MAMPUS BETINA!!!" Pekik Datin Zaskiah lantang. Rambut Lily dicengkam kasar sehingga wanita itu meringis menahan sakit pada kulit kepalanya yang rasa nak tercabut itu.

"Kalau kau nak sangat harta papa tu kau ambiklah! Satu sen pun aku tak hingin!" Bentak Lily geram. Hanya kerana harta, Datin Zaskiah sanggup mengorbankan nyawa orang lain. Tapi apa nak heran, dari awal lagi dia sudah membenci Lily dan Puan Roselle.

"Isteri aku tak perlukan semua tu. Kalau kau nak, sekarang juga aku call lawyer untuk uruskan pertukaran nama harta tu. Kalau tak cukup juga, kau ambiklah harta aku tapi tolonglah lepaskan isteri aku!" Sambung Ghazi yang berharap Datin Zaskiah akan bertolak ansur dengan cadangannya.

"Hahahaha! Apa kau ingat aku ni bodoh sangat ke hah?!!" Mencerun mata Datin Zaskiah memandang Ghazi. Datin Zaskiah tidak peduli. Dia tetap akan menamatkan riwayat Lily kerana baginya, wanita itu hanya mengganggu semua rancangannya yang ingin memiliki segala harta dan aset kekayaan Dato Hisyam.

"Aku dah lama tunggu saat ni! Kalau mak dan bapak kau pun aku boleh bunuh, apatah lagi kau yang baru hidup kat dunia ni!" Datin Zaskiah mengangkat tinggi pisau rambonya dan bersedia untuk menikam Lily. Lily pejam mata dengan tangannya yang masih terikat di belakang.

BANG! BANG!

Dengan dua kali tembakan pada lengan dan kaki Puan Zaskiah, wanita tua itu terduduk dan pisau yang dipegangnya terlepas dari tangan.

Hujung bibir Aryan ternaik sedikit disebalik topengnya. Bangga dengan kehebatan yang dimilikinya dalam menembak tepat musuh. Dia hampir-hampir lupa cara tarik picu pistol. Seperti kata Eiyad, lama dah tak beraksi.

Sejak dari awal lagi Aryan memang sudah ingin berbuat begitu dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan pelurunya yang hampir berkarat setelah sekian lama tidak digunakan.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now