Bab 18

3.2K 114 25
                                    

Lily termenung menghadap komputernya. Teringat semula kata-kata Ghazi semasa mereka berbual di dalam telefon semalam.

"Assalamualaikum bakal makmum kanda.." sapa Ghazi penuh kelembutan. Lily kemam bibir menahan senyumnya. Bantal we bare bear miliknya digunakan untuk menekup wajahnya. Nasib baik dia sorang dekat rumah, kalau ada orang lain nampak dia menggedik macam ni, entah apalah yang orang akan cakap tentangnya.

"Waalaikumussalam bakal imam adinda.." balas Lily lembut. Kini giliran Ghazi tidak keruan mendengar balasan daripada Lily. Lily kalau dalam phone beranilah cakap macam tu. Cuba kalau jumpa depan-depan, jelingan maut yang dia hadiahkan untuk Ghazi.

"Amboiii..merdunya suara kesayangan kakanda ni" Puji Ghazi sambil tersengih sendiri di balkoni bilik tidurnya. Malam itu dia terpaksa bermalam di rumah keluarganya memandangkan hari sudah lewat malam. Lagipun kalau dia balik juga, pasti mamanya akan membebel tujuh hari tujuh malam tanpa henti.

"Eeee..! Ni, kenapa call malam-malam?" Lily mencebik. Makin dilayan makin menjadi si Ghazi ni. Ghazi tergelak kecil. Kalau dia ada kat depan Lily, mesti dia boleh tengok wajah monyok Lily sebab usikkannya.

"Sebenarnya abang call sebab abang nak bagitahu yang mama abang jemput sayang datang rumah hujung minggu ni. Makan malam bersama. Sambil-sambil tu, sayang bolehlah kenal-kenal dengan keluarga dan saudara mara abang yang lain" jelas Ghazi tenang manakala Lily sudah hampir sesak nafas mendengar pelawaan dari Ghazi.

"Ab-abang dah ba-bagitahu ke-keluarga a-abang pasal sa-saya ke?" Tanya Lily tergagap. Peluh mulai menitis dari dahinya. Penghawa dingin dalam bilik tidurnya tidak mampu menyejukkan badannya yang tengah resah dan panik sekarang.

"Haa ahh! Abang dah bagitahu papa dan mama tentang hubungan kita. Sayang jangan risau ya, papa dan mama abang okey je" ujar Ghazi dengan nada tak bersalahnya.

"Tapi abang, saya tak sedia lagi nak jadi isteri abang. Saya bukan perempuan yang baik dan saya tak layak untuk awak Ghazi.." Lily lepaskan keluhan berat. Kepalanya dipicit. Tiba-tiba rasa pening. Ghazi ni, suka buat keputusan tanpa bertanya dengannya terlebih dahulu.

"How many times I told you sayang..abang tak perlukan perempuan yang sempurna untuk jadi isteri abang. Abang terima sayang bukan disebabkan nafsu atau simpati. Tapi abang pilih sayang sebab abang yakin, hanya sayang yang mampu bahagiakan abang. Abang cintakan saya--"

"Awak dengar sendirikan apa yang lelaki tu cakap tentang saya siang tadi?! Saya ni perempuan jahat. Perempuan murahan. Banyak lelaki yang dah sentuh saya. Awak tak jijik ke dengan saya?! Saya dah takda apa-apa untuk diberikan pada awak Ghazi. Saya ni perempuan hina! Takda seorang lelaki pun yang nakkan perempuan jijik dan hina macam saya ni!" Lily menghamburkan semua yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Ya! sakit. Itu yang dirasakan oleh Lily tika ini. Tetapi dia tetap harus meluahkan semuanya sebelum terlambat. Dia tidak mahu Ghazi menyesal kerana memlihnya sebagai pasangan hidupnya.

Ghazi mendengus geram. Rambutnya diraup kasar ke belakang. "Lily Rose Binti Hisyam, aku nak kau dengar sini baik-baik!" Panggilan 'abang' 'sayang' juga bertukar ke 'aku' 'kau'. Marah sangat tu!

"Baik buruk kau, siapapun kau di masa lalu, sebanyak manapun kekurangan yang ada pada diri kau..Aku Raja Ghazi Al-Hadi takkan pernah menyerah untuk dapatkan cinta Lily Rose. Mati hidup semula pun aku tetap pilih kau!" Tangisan Lily mulai mengendur dan menunggu kata-kata Ghazi yang seterusnya.

"Biarlah satu dunia benci kau, kutuk kau, cakap kau ni jahat ke apa..but I'm still choosing you sayang. Only you!" Tambah Ghazi lagi meyakinkan Lily. Lily terharu dengan keikhlasan Ghazi. Dia percaya Ghazi memaksudkan kata-katanya. Buktinya, Ghazi tidak pernah meninggalkan Lily walaupun ramai mulut-mulut jahat yang berkata buruk tentang Lily. Bahkan Ghazi sentiasa ada semasa dia perlukan lelaki itu.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now