Bab 48

3K 107 20
                                    

Throwback~

Lily menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil menyanyi lagu yang baru dipelajarinya di tadika tadi.

"Amboi, happynya anak mommy hari ni. Ada apa-apa nak share dengan mommy ke sayang?" Puan Lily bertanya kepada anak perempuannya yang baru berusia lima tahun itu.

Lily angguk sambil menayangkan gigi rongaknya. Ada dua pagar atas yang hilang.

"Harini adik dapat hadiah dari teacher Shifa sebab adik dapat seratus markah dalam ujian." Lily mengeluarkah hadiah yang dimaksudkan dari beg sandangnya.

"Ini hadiahnya mommy." Puan Roselle menjeling sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduannya.

"Wow! Alat tulis. Anak mommy ada ucap terima kasih tak dekat teacher Shifa?" Sekali lagi Lily menjatuhkan kepalanya.

"Teacher Shifa cakap, kalau adik dan kawan-kawan dapat full mark lagi teacher Shifa nak bagi hadiah lagi kat kita orang." Tutur Lily lancar kepada Puan Roselle.

"Really? Thats good sayang. Lepas ni anak mommy kenalah berusaha lebih lagi ya. Belajar pandai-pandai sampai anak mommy ni masuk universiti nanti okey?" Lily menunjukkan thumbs up buat mommynya.

Dahi Lily berkerut apabila terlihat sebuah kereta mewah parking di depan rumahnya. "Mommy, who is that?" Puan Roselle dan Lily berpandangan antara satu sama lain. Melihat wajah Puan Roselle yang kelihatan bingung membuatkan Lily faham. Mommynya juga tidak tahu siapakah gerangan individu tersebut.

Puan Roselle memerhatikan susuk tubuh seorang wanita yang berjalan menuju ke arahnya dan Lily. Lily hanya berdiri disamping ibunya sambil matanya tertancap pada barang kemas yang bersinar milik wanita itu yang memenuhi leher, pergelangan tangan dan jari jemarinya. Jika dilihat dari segi pemakaian wanita itu, tampak gaya dia bukan orang sembarangan.

"Ya Puan, cari siapa?" Tanya Puan Roselle lembut dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Nama aku Zaskiah. DATIN ZASKIAH." Balas wanita itu sambil menekan gelaran panggilannya. Puan Roselle tunduk hormat.

"Aku nak jumpa perempuan yang bernama Roselle. Kenal ke?" Datin Zaskiah sengaja bertanya sedangkan dia tahu perempuan yang berada di hadapannya itu ialah Puan Roselle.

"Oh! Sayalah Roselle. Boleh saya tahu kenapa Datin cari saya?" Puan Roselle masih kelihatan tenang walaupun jantungnya sudah berdebar menunggu ayat seterusnya daripada Datin itu. Dah macam bersoal jawab dengan polis la pulak!

"Tak nak jemput masuk ke? Panaslah dekat luar ni!" Datin Zaskiah mengipas selendangnya sambil matanya meneliti rumah yang sederhana besar itu.

"Eh! Lupa pula. Maaf Datin. Mari, jemputlah masuk Datin" Tanpa menjawab, Datin Zaskiah melangkah mendahului Puan Roselle dan Lily yang masih berada dibelakangnya.

Puan Roselle dan Lily tergamam seketika apabila wanita yang bernama Datin Zaskiah itu masuk ke dalam rumah mereka tanpa menanggalkan sandalnya.

"Eeee! Tak sopannya. Masuk rumah orang pakai selipar!" Dengus Lily geram. Puan Roselle mengusap kepala anak kesayangannya itu.

"Adik, tak baik cakap macam tu. Takpa, nanti lepas tetamu balik kita cuci lantai sama-sama ya nak?" Lily angguk.

"Sekarang adik masuk bilik. Mandi lepastu makan ya. Mommy nak jumpa dengan Datin tu dulu." Arah Puan Roselle lembut sambil menggosok kepala Lily.

"Okey mommy." Puan Roselle mendapatkan Datin Zaskiah yang sudah duduk di ruang tamu rumahnya.

"Datin duduk dulu ya, saya nak buat air--"

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now