Bab 41

3K 118 29
                                    

Lily membaca setiap aksara yang tertulis pada kertas bewarna kuning tersebut.

"Rovindphenothrin?" Lily kerut wajah apabila menyebut perkataan itu. Matanya dikalih ke arah Diana. Anggukan Diana membuatkan Lily yakin, pasti ada sesuatu yang tersembunyi disebalik nama yang agak berbelit itu.

"Rovindphenothrin sejenis racun yang digunakan oleh sesetengah industri untuk membunuh haiwan atau serangga perosak. Racun jenis ni juga sangat-sangat bahaya terutama jika terkena pada manusia. Cuma yang aku pelik sekarang ni, macam mana benda tu boleh ada pada kau?" Tanya Diana ingin tahu.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Soalan dibalas soalan.

"Kalau kau nak tahu, racun ni setahu aku dilarang masuk ke dalam negara kita. Senang citer, kena banned. Bukan setakat Malaysia je tau, ada sesetengah negara luar yang lain pun melarang keras kemasukkan benda alah tu ke negara mereka. Hanya satu negara je yang aku tahu ada memasarkan benda tu. Kalau tak salah ingat aku, negara Eropah iaitu Rusia. Yes! Orang Rusia. Sebab negara diorang yang cipta benda tu dan disebarkan secara meluas kat tempat mereka. Yang tu kalau kau tanya aku kenapa, aku memang tak boleh nak jawablah. Kena tanya menteri mereka sendiri kenapa biarkan benda bahaya macam tu dijual secara terbuka" jelas Diana yang cuba mengingati semula maklumat yang digooglenya.

"Oh! Macam tu ke?" Diana angguk tanda yakin.

"Salah satu sebab orang jarang guna Rovindphenothrin sebab kandungan dia. Salah satu bahan aktif yang dicampur dalam racun perosak tu ialah..." Diana mengambil kertas kuning yang berada di tangan Lily.

"Jap eh! Aku lupa apa nama dia.....haaaa...ni dia...Inoprovyl-monium" Diana menunjuk ke arah tulisan tersebut.

"Terbelit pula lidah aku nak baca. Sebab tu aku benci subject chemistry!" Dengus Diana geram. Lily angguk setuju. Terlampau banyak nama-nama bahan kimia yang pelik nak kena hafal.

"Kalau terkena dekat manusia, apa jadi?" Lily memandang Diana ingin mendengar jawapan gadis itu.

"Tak salah aku, kalau kena kulit kita boleh gatal-gatal. Dan gatal-gatal tu akan berterusan sampailah badan kau luka, bernanah dan berkudis"

"Kalau termakan?" Mata Diana membulat. Kalau kena kulit pun dah seksa apalagi kalau makan.

"Yang tu pula depend ar. Kalau kau minum macam minum air, memang on the spot la meninggal. Tapi kalau TERminum setitik, mungkin kau masih boleh hidup lagi esok dan lusanya. Tapi kalau masuk tulat, aku rasa memang arwah la" Lily angguk tanda faham.

"Oh ya! Ada satu kes dekat Rusia yang aku pernah terbaca hari tu tentang racun ni. Suami dia letak racun ni dalam makanan isteri dia sebab dia dapat tahu isteri dia curang. Kau nak tahu apa jadi kat isteri dia?" Diana mendekatkan wajahnya dengan Lily, gaya berbisik.

"Masa mayat tu dijumpai jiran sebelah rumah dia, keadaan mangsa memang menyayat hati. Kau tau, kedua belah bebola mata perempuan tu pecah, hidung dan mulut dia keluar darah tanpa henti. Bila dibedah siasat, semua organ-organ penting macam jantung, paru-paru, hati, limpa, usus semua tu dah hancur macam air. Sampaikan pakar forensik susah nak tahu punca kematian dia masa tu. Daripada maklumat yang aku baca tu, ambil masa seminggu juga la nak tahu apa penyebab perempuan tu meninggal" cerita Diana kepada Lily dengan terperincinya.

Lily mulai teringat akan arwah ibunya.

"Satu lagi. Rovindphenothrin ni juga boleh menganggu keseimbangan ekosistem. Sebab tu para petani, peladang dan pekebun semua dilarang sama sekali guna racun jenis ni untuk pertanian mereka. Kalau pegawai alam sekitar tahu memang mampuslah kena. Bukan setakat bayar saman, boleh jadi kena penjara untuk tempoh bertahun-tahun. Kalau disabit kesalahan, boleh kena kedua-duanya sekali" Tambah Diana lagi dengan gaya peguamnya. Mana tak nya kalau berhari-hari dia ambil masa untuk siasat kes cecair misteri itu. Bukan senang ye.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now