Bab 42

3K 100 38
                                    

Mulut Lily terkumat-kamit membebel. Ghazi buat tak endah. Ghazi tahu, wanita itu membebel disebabkan dia.

Geram, marah, tak puas hati semuanya bercampur menjadi satu. Semasa mendaftar masuk di De'L Europe hotel, ramai pasang mata yang memerhatikan pakaian Lily. Mana tak nya. Tengok kaki..Wow! Pakai heels. Naik atas sikit, eh seluar tidur, atas lagi sikit, sweater hoodie milik Ghazi disarung pada badannya untuk menutupi rambut wanita itu.

"Hishhhh!" Lily merebahkan badannya di atas katil. Wajahnya tak udah dikata, kalah warna tomato yang sudah masak.

Ghazi mengambil tempat duduk disebelah isterinya. "Kenapa ni sayang, asyik nak marah-marah je? Sayang period eh?" Usik Ghazi dengan senyuman nakal. Sekali lagi Lily mendengus.

"Semua salah abang! Malu saya tau tak! Yang abang pergi bawa heels saya tu dah kenapa? Kalau saya guna dress takpalah juga. Ni pakai pyjamas. Semua orang gelakkan saya!" Ghazi senyum hambar apabila melihat muncung Lily panjang sedepa.

"Sorrylah sayang. Abang tak perasan. Tu je yang ada dalam kereta abang, jadi abang sambarlah terus. Alaa, biarlah orang gelak sayang. Diorang yang gelak tu semua buta fesyen. Isteri abang ni cantik apa jalan-jalan pakai baju tidur siap guna heels warna merah pula tu. Nampak hot and spicy! Geram je abang tengok sayang tau...Rrrrr!" Semakin tajam mata Lily menikam wajah Ghazi. Ada juga yang makan heels perisa spicy nanti!

"Orang lain honeymoon romantik je. Saya pula sehelai sepinggang! Sekurang-kurangnya bawalah tudung saya, baju dan seluar sehelai. Ni tak, seluar katak saya pun abang tinggalkan!!! Eeeee!!! Stresssss lah macam ni!" Lily melepaskan amarahnya pada bantal yang tidak bersalah. Tumbuk suami sendiri kang berdosa, jadi lebih baik dia tumbuk bantal.

"Sayang janganlah macam ni sayang. Abang----"

"Lebih baik abang keluar sekarang! Beli barang-barang keperluan saya sekarang juga! Kalau tak, sampai bulan depan abang jangan bercakap dengan saya! Hmphh! Menyampah!" Lily membelakangkan Ghazi. Dia nak sambung tidur. Penat jalan jauh walaupun bukan dia yang jadi pilot.

"Yalah yalah. Abang pergi beli sekarang. Sayang jangan pergi mana-mana tau! Duduk je dalam bilik ni. Kalau sayang lapar, order je room service okey?" Lily hanya berdehem sekali. Matanya sudah terkatup. Mengantuk sangat padahal sepanjang dalam kapal terbang kerjanya asyik tidur je. Ajak makan pun boleh pejam mata.

Ada satu lagi perubahan Lily yang Ghazi perasaan selain suka tidur, Lily sejak beberapa menjak ni suka je naik angin tak tentu pasal. Kadang-kadang masalah kecil pun boleh jadi masalah besar.

Teringat kejadian dimana Ghazi termakan habis buah limaunya semasa menemani wanita itu menonton cerita korea. Dia punya marah perghhh! Kalah kalah incredible hulk. Terpaksalah malam tu juga Ghazi arahkan orang kanannya pergi supermarket cari buah limau untuk Lily. Kalau tak dibeli, macam tu la... merajuk, terus ugut tak nak bercakap bagai..hm....

Setelah selesai membeli barang keperluannya dan Lily, Ghazi kembali semula ke hotel. Susuk tubuh isterinya dicari.

"Masih tidur ke?"

"Sayang? Abang dah balik ni" Ghazi meletakkan barang-barang yang dibelinya atas meja di ruang tamu. Langkahnya dituju ke arah kamar tidurnya dan Lily.

"Hmmm...tak penat ke dia ni asyik tidur je dari tadi? Aku yang tak tidur semalaman ni pun tak mengantuk macam ni" Ghazi geleng.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Kepala isterinya diusap perlahan sebelum tangannya mulai menyentuh setiap inci wajah isterinya.

"Muka ni la yang selalu buat hidup abang tak tentu arah. Entah apa la sayang bagi kat abang sampai abang tergila-gilakan sayang sampai macam ni sekali. Sayang bomohkan abang eh?" Monolog Ghazi sendiri. Dia tahu Lily tidak mendengar luahannya kerana isterinya itu masih nyenyak dan tidak sedar akan kepulangannya. Macam mana Ghazi tahu dia nyenyak? Tu, dengarlah sendiri dengkuran halus wanita itu. Badan kecik, tapi bukan main berdengkur.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now