Bab 13

3.6K 137 22
                                    

Lima pasang mata merenung tajam ke arah satu figura lelaki yang sedang mabuk teruk sambil menari terkinja-kinja semacam beruk.

"Menyesal aku ikut korang! Kalau aku tahu datang sini, takda maknanya aku nak setuju!" Keluh Aryan kuat. Ada ke patut heret dia yang bapak orang ni masuk kelab malam. Zaman jahilnya sudah berlalu. Tapi disebabkan kawan baiknya itu, akhirnya dia terjebak juga.

"Ala, rilex la Riz. Kita datang sini bukan main perempuan atau minum kan. Anggap je kita datang sini buat pahala tolong kawan" balas Adzim yang terangguk-angguk mendengar lagu yang berdentam dentum. Lama dia tak jejak kaki kat tempat macam tu. Adalah rindu sikit, tapi nak buat macam mana. Kalau Risa tahu dia masih datang tempat macam ni, sampai deepavali tahun depan wanita kesayangannya itu membebel. Kalu membebel je takpe, jangan sampai dia kena kejar dengan parang sudah.

"Di, apa yang kau tak puas hati dengan mamat tu haa? Dia buat apa kat kau?" Tanya Qayyum sedikit kuat melawan bunyi bising di kelab malam itu.

"Binatang tu dah kacau hak aku! Kalau sekali aku boleh terima. Siang tadi, sampai tempat kerja dia cari Lily. Entah apa yang dia buat sampai luka tangan girlfriend aku tu dia kerjakan!" Jelas Ghazi kepada yang lain.

"Lelaki tu lelaki yang kau citer buat kecoh kat mall hari tu ke?" Tanya Eiyad pula untuk kepastian. Ghazi angguk.

"Apa kata, kau bunuh je laki tu. Habis citer. Kalau kau setakat belasah, bagi amaran. Aku confirm dia akan datang balik cari Lily. Dan aku tak yakin Lily akan selamat lagi lepas ni" Cadang Adzim dengan keningnya terjongket tinggi. Aryan angguk setuju.

"Aku rasa, kali ni aku setuju dengan Adzim" Aryan menyokong kata-kata Adzim. Ghazi menoleh dua sahabatnya itu silih berganti.

"Kenapa pula tak selamat? Aku kan ada. Aku boleh je lindungi dia!" bantah Ghazi tak puas hati. Kata-kata sahabatnya itu membuatkan dirinya seperti tidak berguna dan tiada fungsi sebagai seorang lelaki.

"Aku tak cakap kau tak boleh lindungi dia. Tapi kau kena ingat satu benda. Status korang berdua tu membataskan kau untuk jaga dia. Sekarang ni, memanglah kau boleh jadi penyelamat dia sebab semua yang berlaku tu kebetulan. Tapi malang ni tak berbau, macam-macam boleh jadi kat dia masa kau takda nanti" jelas Aryan panjang lebar. Semenjak jadi bapak anak tiga ni, Aryan gemar bersuara dan membebel kepada empat orang sahabatnya yang masih bujang terlajak itu.

Ghazi menundukkan sedikit kepalanya. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Aryan. Tapi untuk bunuh Shahir, bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi mereka sekarang berada di Malaysia dan dia sendiri belum cari tahu lagi latar belakang lelaki itu. Entah anak polis ke, anak Dato ke, dia tidak pasti. Tapi apabila melihat gaya Shahir, dia yakin lelaki itu bukan calang-calang orang. Tapi apa hubungannya dengan Lily?

Shahir yang dibawa dua wanita seksi keluar dari kelab itu terhuyung-hayang dengan dirinya yang separuh sedar. Ghazi dan empat orang sahabatnya turut berdiri dan mengekori langkah Shahir.

Sampai di tempat letak kereta yang agak sunyi itu, Ghazi terus menarik kolar baju Shahir sehingga lelaki itu tersungkur ke belakang. Dua wanita tadi menjerit ketakutan dan berlari meninggalkan Shahir di situ.

Mata Shahir dipejam celik beberapa ketika sebelum terbuka luas. Ada lima figura manusia bertopeng di depannya. Dia tidak pasti lelaki atau perempuan kerana semua mereka berpakaian serba hitam dan menutup wajah masing-masing. Tapi kalau dilihat semula, macam lelaki sebab badan tinggi dan tegap semuanya.

Shahir mengurut pelipisnya. Tangannya ditongkatkan pada lantai sambil menolak badannya untuk cuba berdiri semula dengan kepalanya yang sedikit pening.

"Kau orang siapa haa?! Apa yang korang nak dari aku?!" Tanya Shahir sambil matanya cuba mencari wajah lima orang lelaki dihadapannya itu. Tapi hampa, semua gelap.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now