Bab 8

4K 142 24
                                    

Lily menarik nafasnya dan dihembus kasar. Fail di tangan dihempaskan di atas meja kerjanya. Dia yang baru saja tiba di ruang kerjanya mendengus geram. 'Kenapa sekarang? Kenapa dia perlu muncul semula dalam hidup aku? Apa lagi yang dia nak dari aku?' Lily terus-terusan bertanya pada diri sendiri.

"Dah Lily, stop it! Sekarang ni masa untuk fokus kerja dan teruskan kehidupan kau. Abaikan jantan harimau tu. Lelaki tu cuma tahu cari gaduh, cari pasal, cari--"

"Cari apa sayang?" sambung satu suara garau di depan pintu pejabatnya. Terhinjut bahu Lily apabila ditegur begitu. Lily serta merta menoleh ke belakang dan seperti yang dijangka. Lelaki harimau itu muncul di ruang pejabatnya. Siapa lagi yang berani panggil dia 'sayang' kalau bukan lelaki itu. Tapi apa yang nak dihairankan, bangunan ni pun dia yang punya. Lily mengatur nafasnya supaya bertenang.

'Be profesional Lily. Remember, he's your boss. Respect him!' Lily berusaha mengukir senyuman palsunya walaupun hatinya sedikit pedih melihat kehadiran lelaki itu yang tiba-tiba. Nasib baik sekarang waktu lunch dan semua pekerja satu jabatannya sudah keluar makan tengahari kecuali Lily yang hanya makan di pejabat kerana dia membawa bekal sendiri.

"Ya Tuan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Lily cuba berlagak tenang padahal jantungnya menunggu masa meloncat keluar dari badannya apabila Ghazi semakin lama semakin menghampirinya. Bau wangian Bvlgari daripada badan Ghazi membuatkan Lily semakin hilang arah. Kakinya semakin mengundur ke belakang. Entah kenapa situasi ini seperti dejavu bagi Lily.

"En-encik ja-jangan macam-macam eh! Sa-saya jerit nanti!" ugut Lily. Ghazi tersenyum sinis dan hanya mengabaikan amaran daripada Lily. Nak jerit, jeritlah. Mana dia kisah.

"Aaaaargh!" Lily terjerit kecil apabila belakangnya tersandar pada meja sehingga memudahkan Ghazi mengepung Lily menggunakan kedua belah tangannya dan diletakkan di atas meja di kiri dan kanan badan Lily.

Apa lagi, membulat mata Lily apabila Ghazi masih berusaha menggodanya. Tangannya menahan dada Ghazi supaya masih ada jarak antara mereka.

"Awak janganlah macam ni! Saya tak selesa. Nanti orang nampaklah!" Tegur Lily yang masih menolak dada Ghazi. Ghazi yang masih terbuai dengan pandangan mata Lily tidak menghiraukan kata-kata wanita itu.

Lily mendengus geram. Tangannya dilipatkan ke dada dan merenung tajam ke arah Ghazi. "Encik ni dah kenapa? Saya ada hutang ke dengan Encik?" Tanya Lily dengan nafasnya turun naik menahan amarah.

"Ada" jawab Ghazi sepatah. Semakin mencerlung mata Lily. Bila masa pula dia buat pinjaman dengan mamat gila ni.

"Berapa hutang saya tu?" Lily layankan saja perangai gila Ghazi. Kalau betul dia ada hutang dengan lelaki itu, dia akan pastikan dirinya untuk melangsaikan hutang tersebut.

"Yakin ke kau boleh bayar?" Tanya Ghazi dengan keningnya dijongketkan beberapa kali. Hujung bibirnya ternaik mendengar pertanyaan Lily. Best pula usik perempuan ni!

"Kalau banyak sangat saya bayarlah ansur-ansur" Jawab Lily mudah dan tanpa rasa bersalah. Kepalanya ditolehkan ke arah lain. Tak sanggup nak berlawan mata dengan orang gila. Tak pasal-pasal dia terjebak sama masuk hospital gila nanti.

"Amboi! Banyak cantik. Apa kau ingat muka aku ni pekerja bank ke nak main ansur-ansur bagai?! Aku tak peduli! Aku nak kau bayar cash!" Bidas Ghazi tegas. Wajahnya bertukar serius.

Lily lepaskan keluhan kecil. Nak tak nak, esok dia perlu keluarkan semua simpanannya di dalam bank untuk melunaskan hutangnya kepada lelaki itu. "Yelah, yelah.. saya bayar cash. Berapa?" Tanya Lily malas.

"Tujuh dulang berbalas sembilan dulang. Amacam?" Mata Lily membulat. 'Eee dia ni kan! Kalau aku pang kang, berterabur gigi. Apapun tak dapat!' monolog Lily dalam hati. Kecik bedar kecik besar je dia tengok Ghazi yang menahan senyum. Tangan Ghazi mulai merayap di pinggang Lily dan..

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now