Lily mengurut dadanya perlahan. Ini dah kali yang kesepuluh dia keluar masuk tandas sejak subuh tadi.
"Aku salah makan ke semalam?" Lily mengurut pelipisnya. Selain mual, kepalanya juga turut pening. Perutnya asyik berbunyi serasa seperti masuk angin.
Sekali lagi tekaknya meragam. Lily berlari ke arah singki dan mengeluarkan segala sisa yang tertinggal di dalam perutnya.
Telefon Lily berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama suaminya tertera pada skrin yang bercahaya itu.
"Ya abang?" Jawab Lily lemah.
"Sayang macam mana? Dah okey?" Tanya Ghazi sedikit risau. Sebelum berangkat kerja, Ghazi sudah berkira-kira hendak membawa isterinya ke klinik. Tapi apabila Lily keras menolak, Ghazi terpaksa akur.
Lily geleng seolah-olah suaminya itu dapat melihat gerakan kepalanya. "Okey je abang" tipu Lily membuatkan suaminya yang berada di hujung talian menghembuskan nafas lega.
Lily terpaksa menipu kerana dia tidak mahu Ghazi memaksanya untuk pergi ke hospital atau klinik berdekatan. Tak pasal-pasal nanti dia kena tahan dekat wad seperti sebelumnya. Dia tidak mahu!
"Baguslah kalau macam tu sayang. Lega abang dengar. Kalau sayang masih muntah-muntah, cepat-cepat call abang tau. Nak tak nak sayang kena juga pergi hospital! Tapi memandangkan sayang dah okey, takpalah. Sayang rehat je k!" Lily garu kepalanya yang tidak berkutu. Mulalah Ghazi nak bersyarah dengannya.
"Ya abang. Saya tahu. Kalau takda apa-apa lagi, saya nak letak phone ni. Abang sambunglah buat kerja tu. Assalamualaikum" selesai saja memberi salam, Lily segera mematikan talian. Mana taknya kalau tekak dia kembali mual. Kalau dia tak end call, kantoilah dengan suaminya.
Lily menuruni satu persatu anak tangga dengan kepalanya yang berdenyut dan perut yang berpancaragam menandakan dia lapar.
"Hye akak!"
Lily menoleh ke arah pintu utama apabila terdengar suara ceria yang menyapanya. Lily tersenyum lebar apabila melihat kelibat adik ipar kesayangannya itu.
"Mia...bila sampai?" Lily yang tadinya hendak ke dapur segera menukar arah kakinya dan mendekati Mia. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan wanita itu.
"Baru je. Sebelum akak tanya, harini adik offday. Jadi adik ingat nak spend time dengan akak. Adik bosanlah duduk apartment sorang-sorang, tu yang datang sini jumpa akak" jelas Mia sebelum Lily bertanya.
"Ohya! Ni adik ada bawa cheese tart favourite akak. Nanti kita makan sama-sama ya" Mia menyuakan kotak hokkaido cheese tart tersebut kepada Lily.
Tangan Lily teragak-agak untuk menyambut huluran adik iparnya itu. Entah kenapa dia benci dengan aroma cheese tart tersebut. Lily menahan dadanya dengan wajahnya yang berkerut seribu.
"Akak kenapa ni? Akak okey tak?" Lily menekup mulutnya sebelum berlari meninggalkan Mia untuk mencari tandas.
Wuerk! Wuerk! Wuerk!
"Ya Allah akak! Kenapa ni? Akak tak sihat ke?" Mia menghampiri Lily yang sudah terduduk menyembah mangkuk tandas. Belakang Lily diusap perlahan.
Lily menggeleng lemah. "Akak okey cuma....tolong letak tart tu jauh-jauh. Geli pula akak tengok!" Lily tayang wajah jengkelnya manakala Mia pula terkedu mendengar jawapan kakak iparnya itu.
Tanpa banyak soal, Mia menuruti saja permintaan Lily dan menjauhkan kotak cheese tart tersebut daripadanya.
"Mia, akak rasa akak nak keluar cari buah asamlah. Mia nak teman akak tak?" Laju saja Mia mengangguk. Kalau Lily tak ajak dia sekalipun, dia tetap nak ikut.
YOU ARE READING
My Dear, Lily ©️
Roman d'amour***2nd story*** (UNEDITED) Status: Complete! Raja Ghazi Al-Hadi x Lily Rose This story contain: ⛔ Harsh words! ⛔ Sexy storyline & No censored ⛔ Cliche! Cliche! Cliche! ⛔ Big NO to PLAGIARISM 🌹100% idea author ( Kalau ada tersama jalan cerita deng...