Bab 52

3K 101 39
                                    

Lily mendakap kemas tubuh sasa suaminya. Setelah semuanya terungkai, Lilylah wanita yang paling gembira di abad ini kerana memiliki seorang suami yang tulus mencintai dan menerima segala kekurangannya.

"Saya nak tanya satu lagi soalan, boleh tak?" Ghazi angguk. Lily yang tadinya berbaring di atas dada Ghazi, bangkit semula dan duduk menghadap sang suami.

Ghazi membetulkan rambut lebat Lily dan dikuak ke belakang.

"Kenapa abang tak serahkan surat-surat yang abang tulis tu dekat saya dulu?" Ghazi kerut dahi. Surat? Surat yang mana eh..

"Surat apa sayang?" Mendengar pertanyaan Ghazi itu membuatkan Lily mendengus. Banyak-banyak benda, boleh pula Ghazi lupa tentang surat layang yang tak sampai di tangannya itu.

"Alaaa..surat yang ada tulis 'my dear, nama saya tu lah'!" Panjang 'O' Ghazi apabila dia teringat tentang itu.

"Yang tu ke sayang..okey! Sebenarnya surat tu dah lama abang tulis. Abang memang nak bagi sayang. Tapi bila abang ingat balik yang kita tengah perang dunia masa tu, jadi abang batalkan niat abang dan simpan je semua surat-surat tu." Terang Ghazi panjang lebar.

"Sebab???"

"Abang takut bila sayang terima surat tu mesti sayang tak percayakan abang dan malah makin bencikan abang. Abang tak sanggup terima hakikat yang sayang benci abang." Ghazi melepaskan keluhan. Nak buat macam mana, perang tu dia juga yang cetuskan. Jadi, berani buat beranilah tanggung.

"Lagipun masa tu sayang tengah belajar, abang tak naklah ganggu konsentrasi sayang."

"Memandangkan sayang jauh di mata tapi dekat di hati abang, jadi abang anggap kertas ni sebagai sayang, tempat untuk abang luahkan perasaan cinta dan rindu abang buat bidadari depan abang ni." Sempat Ghazi mencuit manja hidung Lily. Geram je tengok Lily yang fokus siap dengan pakej ternganga mendengarnya bercerita.

"Tak pernah sesaat pun abang lupakan sayang. Setiap hari, setiap jam abang sentiasa ingat sayang. Finally, tak sia-sia usaha abang selama ni nak dapatkan sayang." Lily menarik lengan suaminya sebagai alas kepala dan kemudian berbaring semula setelah berpuas hati mendengar jawapan yang diterimanya.

"Sekarang giliran abang pula nak tanya sayang. Boleh?" Lily toleh ke arah Ghazi sebelum mengangguk.

"Sejak bila sayang suka abang?" Lily termenung seketika. Bila eh?

"Suka eh...emmm...saya rasa masa kita kat kedai bunga dulu kot..." Ghazi kerut dahi.

"Kenapa pula ada 'kot'? Macam tak meyakinkan je jawapan sayang ni.. hm! Nampak sangat tak sayangkan abang lagi dah!" Ghazi menarik tangannya dari terus menjadi alas kepala Lily. Badannya dipaling membelakangkan isterinya. Eh eh bapak budak ni! Pandai nak merajuk ya...

"Apa pula tak sayang..Ish abang ni! Sikit-sikit nak merajuk. Habis tu yang dalam perut saya ni apa kalau bukan tanda cinta dan kasih saya pada abang, hmm?" Lily menyangkutkan dagunya di bahu Ghazi. Lubang hidung Ghazi dikorek menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya. Saja, nak ambil perhatian orang yang tengah merajuk tu.

"Apa pujuk macam tu sayang? Kotorlah!" Ghazi bangkit mengambil wet tissue dan mengelap jari isterinya itu. Lily hanya tersengih.

"Saya gurau je tadi tu. Tadi abang tanya apa? Bila saya suka abang?" Ghazi angguk dengan wajah cemberutnya.

"Sebenarnya dah lama saya suka abang. Masa kali pertama kita jumpa yang abang selamatkan saya dari samseng-samseng tu. Hah! Masa tu la. Saya tahu lepas abang gertak samseng tu semua, abang ada cari saya kan? Saya ada je sebenar dekat dengan abang, sembunyi belakang tiang. Kalau abang tanya kenapa saya suka abang, sebab saya suka tengok muka abang. Abang kacak..."

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now