Bab 25

3.1K 124 30
                                    

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh"

Lily meronta-ronta di atas katil. Rambutnya ditarik kasar. Dia jijik dengan dirinya. Tangannya naik memukul badan sendiri dan yang lagi parah, Lily mulai mencakar kulit tangan dan lehernya sendiri.

Wajah Shahir masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya. "Aku benci kau! Aku benci kau! Pergi! Pergi!" Lily menjerit sekuat hati dan cuba mencederakan diri sendiri.

Daun pintu bilik tersebut ditolak dari luar. Mata Mia membulat melihat keadaan bilik tidur abangnya yang sudah bersepah. Dia yang berada di tingkat bawah bergegas naik ke atas apabila terdengar suara nyaring Lily. Susuk tubuh Lily dicari. Wanita itu sudah terbaring di atas lantai.

Mia mulai mendekati Lily. Badan Lily diangkat dan tidak semena-mena matanya terbuka luas. Senyumannya yang menyeringai membuatkan Mia terasa seram.

Lily menerkam Mia lalu mencekik wanita itu. "Mati kau! Mati kau lelaki tak guna! Kau dah hancurkan hidup aku! Aku benci kau Shahir!! Aku benci kau!!" Pekik Lily kuat.

Mia hampir kehilangan nafasnya. Dengan kudrat yang ada, Mia menolak kuat badan Lily sehingga wanita itu terhantuk pada bucu katil dan pengsan. Tanpa menunggu lama, Mia berlari dan mengunci pintu bilik tersebut. Telefonnya dicapai dan cuba menelefon abangnya untuk memaklum keadaan Lily.

"Aduhhh! Mana dia ni..Abang jawablah" Mia sudah teresak-esak menangis apabila Ghazi masih tidak menjawab panggilan.

Mia cuba mendail nombor Qayyum. Lelaki itu juga sama, telefonnya hanya berdering tanpa diangkat. Mia buntu. Dia nak cari siapa lagi. Dia takut kalau Lily tersedar dan akan mengamuk semula seperti tadi.

Inara.

Mia terus mencari nombor Inara. Hanya Inara harapannya untuk membantunya tika ini. Sesekali lehernya disentuh. Mia mendesis sakit apabila terasa sedikit pedih. Mungkin sebab terkena kuku Lily semasa mencekiknya tadi.

Mia melepaskan nafas lega apabila panggilannya kali ini diangkat oleh Inara.

"Nara, Nara kau kat mana? Tolong aku Nara. Aku takut!" Tanpa salam, tanpa pembuka kata, Mia terus menghamburkan tangisannya dan meminta tolong Inara.

"Kau kenapa ni Mia? Apa dah jadi?" Suara Inara kedengaran panik di hujung talian.

"Lily..Lily dia mengamuk. Dia cuba cederakan aku. Aku cuba call abang Ghaz, tapi dia tak angkat. Tolong aku Nara, aku takut" rintih Mia dengan esakannya yang masih tersisa.

"Okey, okey. Kau tenang dulu. Sekarang ni kau send location dekat aku, aku dan Aryan datang sana sekarang" kata Inara menenangkan sahabatnya itu.

Setelah mengirimkan lokasi rumah Ghazi kepada Inara, Mia menunggu kedatangan Inara dan Aryan di ruang tamu tingkat bawah. Trauma dia melihat Lily yang tiba-tiba buas mengalahkan harimau.

Sesekali kepalanya didongakkan ke tingkat atas. Takut kalau-kalau Lily turun ke tingkat bawah dan menyerangnya sekali lagi. Mia masih cuba mendail nombor abangnya, tetapi hampa.

Ghazi ada memberitahu Mia yang dia harus menghadiri mesyuarat penting pagi itu. Oleh itu, Ghazi meminta tolong Mia untuk menjaga Lily sementara dia tiada dirumah. Mia tanya Ghazi kenapa tak bawa bakal kakak iparnya itu balik ke apartment. Ghazi cakap tak boleh sebab apartment banyak orang. Keadaan Lily yang tidak berapa stabil membuatkan Ghazi tidak mahu bawa wanita itu ke sana. Dan kini Mia faham apa yang dimaksudkan oleh abangnya.

"Assalamualaikum" lamunan Mia terhenti dan terus membuka langkah menuju ke arah Inara dan Aryan. Inara terus mendakap tubuh Mia dan mengusap lembut belakang wanita itu. Tangan Inara naik menyentuh leher Mia yang sedikit melecet.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now