Bab 14

3.3K 130 39
                                    

Ghazi tercengang seketika mendengar permintaan Lily. Dulu bukan main si Lily reject Ghazi. Eh sekarang Lily pula yang minta Ghazi untuk tidak tinggalkan dia. Ghazi syak Lily mesti terhantuk kat mana-mana benda keras tadi sehingga otaknya begegar sedikit.

Lily yang mulai tersedar akan ketelanjurannya berdehem beberapa kali sebelum tersengih.

"Saya gurau je. Saja, buat lawak. Yelah, sunyi kan. Bosan. Awak tak nak gelak ke?" Lily tayang giginya yang putih dan tersusun itu. Ghazi lepaskan keluhan. Keluhan kecewa. Takpalah, esok lusa dia boleh try lagi ngorat si Lily. Hari ni Ghazi bagi Lily rehat dulu selepas apa yang dilalui oleh gadis itu beberapa hari ini.

"Esok abang gelak ya sayang. Sekarang ni, abang nak bunga isi perut dulu. Seharian sayang tak makan apa-apa lagi kan? Ni, abang ada belikan bubur ayam untuk sayang" Ghazi mengeluarkan bungkusan bubur ayam dari plastik makanan.

"Bunga tunggu kejap eh! Abang nak tuang bubur ni dulu. Jangan pergi mana-mana!" kata Ghazi sedikit tegas. Lily angguk faham dan memerhatikan Ghazi. Kenapa lelaki ni baik sangat dengan dia? Kalau dia tahu siapa sebenarnya Lily, adakah Ghazi akan menjauhkan diri darinya? Ataupun Ghazi akan membencinya? Air mata Lily yang bertakung di tubir mata dikesat. Tidak mahu Ghazi risau melihat keadaannya.

"Nah bubur special untuk bunga. Sayang nak abang suap tak?" Lily angguk sebelum kepalanya digeleng. Lily menarik mangkuk bubur tersebut dan diletakkan di atas overbed table yang sudah tersedia dihadapannya.

Lily yang kebetulan lapar yang teramat laju sahaja menyuapkan bubur ayam itu ke dalam mulutnya. Lily memejamkan matanya sambil menikmati makanannya. Sedap sangat tu! Ghazi tertawa halus melihat gelagat Lily yang sedikit gelojoh. Dah tak macam orang sakit. Semangat makan lain macam. Lily kalau bab makan memang tak pandang kiri kanan dah. Muka comot belakang kira. Apa yang penting, makan dan makan.

Ghazi tenung Lily lama dengan pelbagai persoalan bermain di mindanya. "Bunga, abang nak tanya sesuatu boleh?" Lily angguk dengan mulutnya yang penuh. Mangkuk buburnya juga hampir kosong.

"Shahir tu siapa?" Tanya Ghazi membuatkan Lily menghentikan perbuatannya. Kini matanya tertumpu ke arah Ghazi. Bubur yang masih berada di dalam mulutnya ditelan laju. Bibirnya dikemam dengan kepalanya ditunduk sambil meramas jari jemarinya sendiri.

"Shahir tu..abang tiri saya. Dia anak pertama papa dengan isteri pertama" ujar Lily dengan suara yang paling perlahan. Ghazi angguk. Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Shahir beberapa hari yang lepas.

"Abang nak tanya satu soalan lagi, boleh tak? Abang janji, ni soalan last. Tapi untuk hari ini aje lah. Esok lusa abang tanya lagi soalan lain" Ghazi tersengih. Dia tidak mahu Lily salah anggap dengannya. Sekali lagi Lily perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya. Dia sudah sedia mendengar soalan yang kedua daripada Ghazi.

"Betul ke..erm! Betul ke Lily bunuh ayah kandung Lily sendiri?" Tanya Ghazi berhati-hati. Dia tidak mahu hati Lily terguris dengan pertanyaannya yang agak kasar itu. Lily dongak kepala memandang Ghazi. Matanya mulai kemerahan. Bibir Lily tercebik menahan tangis. Ghazi mendekati Lily cuba memujuk wanita itu. Tak pasal-pasal giliran hospital ni pula jadi tunggang terbalik kalau Lily mengamuk seperti siang tadi.

"Awak takut ke dengan saya kalau saya ni betul-betul pembunuh? Atau awak akan benci saya sebab dah bunuh ayah kandung sendiri?" Tanya Lily tanpa menjawab soalan Ghazi. Ghazi tergamam sesaat mendengar pertanyaan Lily sebelum ekspresi wajahnya kembali tenang. Senyuman ikhlas dihadiahkan buat Lily. Ghazi geleng. Apa dia nak takut? Sedangkan dia sendiri pun dah bunuh ramai orang.

"Tak. Abang tak takut langsung dengan bunga dan abang takkan benci sayang. Abang yakin, sayang tak sejahat tu. Mesti ada sebab semua perkara tu berlaku. If you don't mind, you can share with me. Sekurang-kurangnya lepas bunga kongsikan apa yang bunga pendam selama ni, mungkin bunga akan rasa lebih ringan. Sayang jangan risau, abang sedia dengar semua masalah bunga" balas Ghazi tenang.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now