Bab 26

3.1K 113 27
                                    

Mia menarik tangan Lily duduk dibirai katil. Mia mengambil tuala kecil dan diusap pada wajah Lily. Jatuh kasihan Mia melihat wajah comot wanita itu. Ghazi hanya memerhatikan tingkah laku adiknya terhadap Lily. Ghazi serahkan semuanya kepada Mia untuk jelaskan kepada Lily apa yang berlaku. Mia memberi isyarat mata kepada Ghazi supaya menunggu di luar dulu.

Lily pandang wajah Mia dengan pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

"Kenapa tengok adik macam tu?" Tanya Mia yang kini membahasakan dirinya sebagai 'adik'. Sudah lama dia ingin memanggil Lily dengan panggilan 'kakak'. Tapi apabila mengenangkan abangnya yang ingin dia merahsiakan hubungan mereka, Mia terpaksa akur.

Walaupun Lily tidak menjawab tapi Mia faham. Kenapa, mengapa, bagaimana dan segala jenis kata tanya berlegar-legar di dalam kepala wanita itu.

"Akak jangan risau, nanti adik jelaskan satu persatu apa yang berlaku. Sebelum tu akak makan dulu bubur ni, lepas tu makan ubat yang doktor bagi. Akak nak adik suap tak?" Lily angguk. Dia suka kalau ada yang memanjakan dia seperti kanak-kanak. Lily mulai teringat akan arwah mommynya yang suka menyuapkan makanan untuknya dulu. Kalaulah mommy hidup lagi.....

Lily berusaha menahan air matanya yang sudah bertakung.

Selesai menghabiskan semangkuk bubur dan makan ubat. Lily merehatkan badannya dengan bersandar di kepala katil. Katil yang bersaiz king diperhatikan. Lupa pula nak tanya..

"Mia, ni bilik siapa? Rumah ni pula rumah siapa?" Tanya Lily tiba-tiba ingin tahu.

Mia yang sedang leka mengemaskan bilik yang bersepah itu mengalihkan matanya ke arah Lily. Senyuman manis diukir oleh Mia buat kakak ipar kesayangannya.

"Ni bilik tidur abang. Rumah ni pun rumah abang. Abang bina rumah ni khas untuk akak. Dari empat tahun lepas lagi. Rumah ni belum ada orang tinggal sebab abang cakap dia nak akak yang rasmikan dulu lepas korang sah nanti" jelas Mia ringkas dan padat. Mulut Lily ternganga luas. Sampai macam tu sekali Ghazi sayangkan dia. Biar betik? Mia pula sudah tertawa halus melihat reaksi Lily. Tak percayalah tu.

"Bila Mia sampai sini?" Tanya Lily sambil menjatuhkan kepalanya melihat pakaian sendiri. Mia yang faham maksud Lily membetulkan duduknya dibirai katil.

"Malam tadi. Pasal pakaian akak tu, adik yang tukarkan. Balik je dari night shift semalam, abang terus call adik minta adik datang sini. Lepas adik tukar pakaian akak, adik teman akak tidur. Abang tidur kat bawah. Tak nak kacau akak rehat. Lepas tu pagi tadi abang awak-awal dah pesan tengokkan akak sementara dia ada meeting penting siang tadi. Hm..Tu je la" Terang Mia lagi. Lily menghelakan nafas lega setelah Mia menjelaskan apa yang berlaku semalam. Lily berfikir sejenak. Rasanya Mia masih punya hutang dengannya iaitu tentang kenapa rahsiakan hubungan dia dan Ghazi.

"Kenapa Mia rahsiakan tentang Ghazi? Kenapa tipu akak?" Air mata Lily sekali lagi bertakung. Sampai hati Mia. Sahabat baik sendiri ditipu.

Mia melepaskan keluhan berat. Semua ni salah Ghazi, tapi akhirnya dia yang terpaksa tanggung dan explain kepada Lily apa yang berlaku.

"Sebenarnya, adik takda niat nak tipu akak. Malam masa kejadian adik kena ganggu dua orang lelaki tu, sumpah adik memang tak kenal akak sampailah akak kenalkan diri sebagai Lily Rose malam tu. Sejak tu lah adik tahu akak ni awek abang. Adik cuma tahu nama akak, tapi adik tak pernah tengok wajah akak sebab abang kedekut tak nak tunjuk gambar akak..Jahat kan abang Mia tu?!" Sempat Mia mengumpat abang kandung sendiri. Lily kemam bibir tahan senyum. Dia juga tak sangka perkenalan dia dan Mia akan berakhir sebagai adik dan kakak ipar. Ingatkan mereka kawan rapat je. Rupanya dah nak jadi satu family.

"Masa first time kita keluar shopping sama-sama tu, Mia ingat nak terus terang dengan akak pasal siapa adik dan abang Ghaz. Tapi tu lah, abang yang tak bagi" Mia memuncungkan bibirnya ke depan.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now