Bab 43

2.8K 113 28
                                    

Lily teguk liur beberapa kali sambil scroll instagramnya. Semuanya resepi makanan.

"Nampak cam sedap je kerabu mangga ni. Hmmm" Lily mengetuk dagunya beberapa kali. Nak buat ke tak eh? Tapi mana nak dapat mangga.

"Nak cari bibiklah" Lily keluar dari ruang kerja suaminya yang kini turut menjadi ruang santainya.

"Bibik! Bibik! Bibik! Tolong saya bibik! Tolong tolong!" Panggil Lily dengan jeritan yang mencemaskan bagi sesiapa saja yang mendengarnya.

"Ya Puan. Saya ada kat sini. Puan kenapa Puan, Puan sakit?! Puan tak apa-apa ke?!" Tanya salah seorang bibik yang tergesa-gesa menghampiri Puan Besarnya. Selepas seorang, seorang pembantu rumahnya muncul dengan wajah gelisah dan berlari ke arahnya.

Lily tayang sengih tak bersalah. Buat panik bibik je si Lily ni! Tak menyempat akak bibik nak menyuap nasi dibuatnya.

"Hehehe, sorry bik. Saja nak uji bibik-bibik semua sayang saya ke tak. Ternyata semua sayang saya. Good! Good!" Lily bertepuk tangan sebelum bersalaman dengan semua pembantu rumahnya. Dah buat salah, kenalah bermaafan antara satu sama lain.

Semua bibik tepuk dahi masing-masing. Dalam satu hari ada je perangai Puan Besar mereka ni nak mengusik.

"Erm, saya nak tanya. Rumah kita ni ada buah mangga tak? Saya teringinlah nak makan kerabu mangga" rengek Lily manja membuatkan pembantu rumahnya yang bernama Fauziah itu tersenyum.

"Ada Puan. Puan nak saya buatkan kerabu mangga untuk Puan ke?" Lily geleng. Dia mahu masak sendiri. Tadi dia sempat belajar dari video di Instagram yang ditontonnya.

"It's okey bik. Saya buat sendiri. Tadi saya ada tengok orang share dekat Ig cara-cara nak buat kerabu mangga. Bibik tolong saya sedia bahan je, boleh?" Lily dan Fauziah mengatur langkah ke dapur. Bersiap sedia dengan misi kerabu mangga. Harap-haraplah menjadi.

"Boleh Puan"

Sambil kupas mangga, sambil masuk dalam mulut. Itulah Lily. Dari tadi asyik terliur nak makan mangga katanya. Pembantu rumahnya hanya melirik dengan senyuman penuh makna.

Lily tiba-tiba teringatkan suaminya. Memandangkan sekarang dia menyandang tugas sebagai penganggur yang terhormat dan pembazir tegar harta suaminya, apa kata dia cari kerja baru?

Lily senyum sinis. "Nak kacau abanglah! Hihihihi" Lily mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Bernard dicari.

"Hye Nened, buat apa tu? Nak minta tolong boleh tak? Tapi awak jangan bagitahu Ghazi ya, sebab saya nak buat surprise untuk dia" ujar Lily dengan suara comelnya. Bernard yag berada di hujung talian hanya geleng kepala. Nama dia dah elok-elok Bernard, Lily pergi singkatkan jadi 'Nened'. Amende lah....

"Anything ma'am" hanya itu balasan Bernard sebagai seorang yang patuh akan arahan isteri ketuanya.

*********************

Lily membetulkan jubah dan tudungnya sebelum masuk ke dalam bangunan syarikat suaminya.

"Nened, cantik tak saya?" Bernard hanya mengangguk dengan wajah ketatnya sebelum kepalanya ditundukkan. Tak boleh pandang lama-lama, nanti ada pula yang makan penembak si Ghazi.

"Okey good! Saya masuk dulu tau. Nened kalau nak jalan-jalan dulu, pergilah. Nanti kalau dah selesai saya call Nened lagi eh? Bye..." Sekali lagi Bernard mengangguk. Bernard masih setia menunggu Lily sehingga wanita itu masuk ke dalam dan hilang dari penglihatannya. Keselamatan Lily adalah tanggungjawabnya.

"Morning Beatrice. How are you? Long time no see!" Beatrice tersentak apabila mendengar suara seseorang yang amat dikenali menyapanya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now