Awal pagi lagi, Lily sudah tercongok menunggu di ruang lobby. Dia dan Ghazi berjanji untuk keluar bersama. Disebabkan semalam Ghazi bermalam di rumah keluarganya, jadi Ghazi meminta Lily menunggunya di tingkat paling bawah apartment tersebut.
Lily yang sedang leka bermain phone tersentak apabila terdengar bunyi hon dari arah luar. Kereta milik Ghazi. Lily mencapai beg tangannya dan bergegas keluar mendapatkan Ghazi yang sudah bersedia membuka pintu untuknya. Gentlemennya anak bujang Raja Ghazali ni.
"Assalamualaikum..Sorry abang, saya tak perasan tadi. Lama dah ke abang sampai?" Tanya Lily dengan senyuman tak lekang di bibir munggilnya. Nampak gayanya Lily dan Ghazi dah berbaik selepas kes tempoh hari.
"Waalaikumussalam. Taklah lama sangat. Kita gerak sekarang?" Lily angguk.
Semasa dalam perjalanan, Lily curi-curi pandang ke arah Ghazi yang sedang fokus memandu.
"Ye bunga sayang? Ada apa-apa nak cakap dengan abang ke?" Lily tersengih sebelum kepalanya diangguk beberapa kali. Ghazi ni ada silap mata ke? Macam mana dia boleh tahu si gadisnya itu mahu bertanyakan soalan.
"Ermm, pasal hari tu. Kenapa abang marah saya? Saya ada buat salah ke?" Ghazi menoleh sekilas ke arah Lily dengan wajah berkerut. Bila masa pula dia marah Lily? Berani ke dia nak cari gaduh dengan buah hati pengarang jantungnya itu?
"Bila sayang? Rasanya abang tak pernah marah sayang" balas Ghazi menafikan kata-kata Lily.
"Ishh abang ni. Adalah hari tu. Masa kita lunch sesama kat roof top. Saya tanya, saya bercakap dengan abang, abang buat bodoh je, buat dek je dengan saya. Kecik hati saya tau bila abang buat macam tu" memuncung mulut Lily. Nak sambung merajuk lagi la..
Ghazi melepaskan tawanya melihat perangai manja Lily. Dia lagi suka tengok Lily merajuk sebegitu daripada tayang muka takda perasaan.
"Masa tu abang memang tengah tahan marah. Tapi sayang jangan salah faham dulu. Abang bukan marah sayang, abang marah orang lain" jelas Ghazi kepada Lily. Lily masih tidak puas hati. Kalau tadi kepala yang tertoleh, kini badannya dipusingkan ke arah Ghazi. Tali pinggang kaledar disentakkan sedikit ke depan untuk memberi ruang kepadanya memusingkan badan.
"Habis tu, kalau tak marah saya, kenapa bila saya tanya abang, abang tak jawab? Abang tipu! Abang marah saya kan masa tu. Baik abang jujur!" Gesa Lily dengan matanya dipicingkan.
Ghazi memberi signal ke kiri dan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lily pandang sekeliling. 'Kenapa berhenti kat sini? Dia nak halau aku keluar balik jalan kaki ke?'
Kini giliran Ghazi memusingkan badannya menghadap Lily. Susah dia nak fokus memandu kalau Lily terus terusan membebel dan merajuk macam ni.
"Look sayang..abang tak tipu sayang. Abang memang marahkan orang lain masa tu. Kalau sayang tanya kenapa abang tak bercakap masa tu, sebab abang tak nak sayang jadi mangsa kemarahan abang. And that's why abang pilih untuk berdiam diri" Lily tidak membalas kata-kata Ghazi. Tampak gaya, Lily masih cuba mencerna apa yang disampaikan oleh lelaki itu kepadanya.
"Honestly bunga, abang ni sebenarnya jenis yang panas baran dan cepat melenting. Abang mudah naik angin kalau ada sesuatu perkara yang buatkan abang tak puas hati. Sayang ingat tak masa abang termarahkan sayang dulu masa kat kedai bunga? Itulah diri abang sayang. I can't control my anger and I'm so sorry about that.." Ghazi lepaskan keluhan kecil. Dan itu adalah salah satu kelemahannya.
"Tapi sayang janganlah takut dengan abang. Sebab apa yang pasti, abang takkan marah kesayangan abang ni. Empat tahun lepas cukup mengajar abang untuk menghargai sayang. Abang tak nak kehilangan bunga. Abang lagi rela mati dari abang harus hidup tanpa sayang disisi" ucap Ghazi penuh romantis. Lily tercebik. Sanggup mati konon, huh!
YOU ARE READING
My Dear, Lily ©️
Romance***2nd story*** (UNEDITED) Status: Complete! Raja Ghazi Al-Hadi x Lily Rose This story contain: ⛔ Harsh words! ⛔ Sexy storyline & No censored ⛔ Cliche! Cliche! Cliche! ⛔ Big NO to PLAGIARISM 🌹100% idea author ( Kalau ada tersama jalan cerita deng...