Bab 11

3.8K 139 26
                                    

"Sayang tak pakai bra ke?" Tanya satu suara macho di depan Lily.

Lily perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya dan melihat ke arah tuju mata Ghazi. Serentak itu....

"Aaaaaarrrrrrrrrrrrrgggggghhhhhh" Lily menyilangkan tangannya melindungi dadanya daripada tatapan makhluk miang tahap petala langit di hadapannya itu.

Bam!

Lily masuk semula dan menghempas kuat pintu apartmentnya. Nasib baik tak tercabut pintu tu. Ghazi tahan senyum. Tak boleh jadi ni, dia kena bertindak cepat. Lily harus menjadi hak miliknya. Tak syok kalau tengok je. Ghazi dengan otak kuningnya berpisah tiada.

"Awak buat apa kat sini hah?!! Awak ni takda kerja lain ke selain ganggu hidup saya!!" Bentak Lily kuat sehingga suaranya mampu didengari oleh Ghazi yang berada di luar.

"Mana ada abang ganggu bunga. Sebenarnya abang ingat nak ajak bunga keluar. Abang boringlah sayang" rengek Ghazi meminta simpati.

"Kalau boring, bawalah teman wanita awak keluar. Kenapa pula nak ajak saya?"

"Abang tengah ajak girlfriend abanglah ni sayang. Bunga kan cinta hati abang" usik Ghazi membuatkan wajah Lily seperti udang yang dipanggang. Nasib baik mereka berbual dibalik pintu. Kalau tak, makin menjadi si Ghazi menyakat Lily.

"Bila masa pula aku setuju nak jadi girlfriend dia? Dia ada ajak aku couple ke sebelum ni? Rasanya takda" bisik Lily sendiri. Lily geleng laju sambil menepuk pipinya perlahan.

"Tak Lily. Kau jangan terpedaya dengan muslihat dia. Nanti, lepas dia dapat kau, confirm dia campak kau jauh-jauh macam yang dia pernah buat kat kau dulu. Say No to Ghazi Lily. Big NO!" monolog Lily lagi. Dia tak boleh berlembut seperti dulu. Cukuplah sekali Ghazi anggap dia macam sampah. Tidak untuk kali ini.

"Bunga sayang?" Ghazi masih berusaha memujuk Lily untuk keluar bersamanya.

"Saya bukan girlfriend awak dan saya tak nak keluar dengan awak, awak faham tak?!" Ghazi melepaskan keluhan berat. Kenapa susah sangat nak pujuk perempuan sorang ni.

"Tapi abang rindu sayang" Ghazi masih tahan sabar dan terus memujuk Lily. Bak kata Mia, jangan sesekali berkasar dengan kaum hawa. Hati perempuan ni lembut walaupun luarannya nampak kasar.

"Apa kata awak cari perempuan lain yang boleh terima awak. Banyak lagi perempuan lain yang jauh lagi baik dan sempurna dari saya. Saya tak layak untuk awak Ghazi. Jauhkan diri awak dari saya, saya merayu sangat dekat awak, tolonglah jangan dekat dengan saya lagi" suara Lily semakin mengendur. Dia tidak mahu Ghazi terus berharap padanya.

Ghazi bingung. Kenapa Lily tiba-tiba cakap macam tu. Ingat senang ke nak bolak-balikkan hatinya sekarang.

"Abang tak nak perempuan lain. Abang tetap nak bunga sorang dalam hidup abang. Sayang janganlah macam ni, abang tahu abang dulu pernah abaikan bunga. Abang tuduh bunga macam-macam. Bunga janganlah hukum abang macam ni" Ghazi tidak putus asa merayu Lily. Dia juga masih kesal dengan tindakannya yang keterlaluan terhadap Lily empat tahun lepas.

Lily lepaskan keluhan. Kenapa susah sangat Ghazi nak faham. Kalau dulu senang-senang je Ghazi buang Lily dari hidupnya, tak mustahil dia akan buat perkara yang sama jika dia tahu siapa sebenarnya Lily.

Lily nekad, dia harus menjauhkan dirinya daripada Ghazi walaupun dia juga terpaksa. Mungkin itu jalan yang terbaik untuknya dengan lelaki itu. Jauh di lubuk hati Lily paling dalam, dia juga punya perasaan yang sama seperti Ghazi. Lebih-lebih lagi dengan layanan Ghazi terhadapnya. Dia takut jika satu hari nanti dirinya juga terhanyut sama dengan nafsu dan perasaannya sendiri.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now