Bab 2

6.4K 176 44
                                    

"Hye my flower, Lily"

Mata Lily membulat dengan mulutnya melopong luas. "Waduhhh! Kok tampan banget" balas Lily dengan penuh lancar dalam bahasa indonesianya. Lupa seketika dengan kewarganegaraannya. Lily seolah-olah berada di dunianya sendiri sambil matanya bersinar-sinar menatap sang jejaka yang berdiri tegak di hadapannya.

"Pardon?"

Liur yang hampir meleleh disedut balik. Lily yang tersedar dengan ketelanjurannya menepuk mulutnya beberapa kali. Lelaki itu tertawa kecil melihat gelagat lucu si gadis.

"Kenapa jujur sangat ni?! Ishh!! Buat malu je la" Kata Lily kepada mulutnya yang sudah menjadi pembelot kepada tuannya.

"Janganlah buat macam tu, kesian bibir awak yang comel tu" Sekali lagi Lily ternganga. Lelaki di hadapannya itu...bukan setakat muka je handsome, tapi suara dia pun.. Oh My Gucci! Boleh angau tujuh hari tujuh malam Lily dibuatnya.

Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam apabila melihat wanita kesayangannya itu mengelamun semula selepas mendengar suaranya. Tapi bagus juga kalau Lily jatuh cinta padanya, tidak perlulah dia bekerja keras untuk mencuri hati si gadis.

"Ehemm ehemm" Si jejaka berdehem beberapa kali untuk mematikan lamunan Lily.

"Aaa. Ya? Nak apa? Bunga apa?" Lily tersentak sebelum melatah. Inilah tabiat buruk si Lily, kaki latah. Muda-muda lagi dah melatah. Oh ya! Dan satu lagi kaki, kaki berangan. Si jejaka tersenyum herot dan geleng kepala melihat perangai pelik Lily. Pelik pelik pun tetap sayang.

"Sorry. Erm..Encik nak apa ya datang sini?" Tanya Lily tanpa rasa bersalah. Belum sempat jejaka itu menjawab, dia mulai teringat sesuatu. Kejadian yang agak menggerikan berlaku semalam.

Lily mulai panik dan gelisah. Tangannya mulai berpeluh. Di fikirannya, pasti lelaki itu datang untuk balas dendam. 'Mati aku kalau dia sepak celah kangkang aku pula hari ni. Dengan kakinya yang panjang, boleh mandul aku macam ni' bisik Lily di dalam hati. Kakinya mula terkepit kepit.

"Awak jangan risau. Saya datang sini bukan untuk balas dendam lepas apa yang awak buat kat saya semalam. So, don't worry k. Berdiri je macam biasa" Lily tersentak mendengar penjelasan lelaki itu yang seperti dapat membaca fikirannya. Dah macam nujum pak belalang daa..

Lelaki itu tersenyum manis ke arah Lily dan menyambung bicaranya. Manakala Lily sudah berdiri seperti biasa dan menunggu apa yang ingin disampaikan oleh lelaki berketurunan arab di depannya sekarang ini. Suka-suka dia je cakap orang tu keturunan arab.

"Niat saya datang sini nak minta maaf sebab buat awak takut dengan kelakuan saya. Saya pun tak sepatutnya berkasar dengan awak masa kat kedai semalam. Ahh! Sebelum saya lupa, nama saya Ghazi. Awak boleh panggil saya abang sayang, bie, shuben, darling, baby boo or..." Lily angkat dahi menanti sambungan 'or' lelaki yang bernama Ghazi di hadapannya itu.

Ghazi tersengih melihat Lily yang seperti cacing kepanasan apabila matanya tajam merenung ke arah si gadis. Kakinya dihalakan ke arah Lily membuatkan badan Lily terundur ke belakang sedikit demi sedikit hingga terlanggar meja kerja Puan Karen.

'Aduh meja ni! Time macam ni lah nak stay kat sana. Cubalah tunggu kat luar ke, kat pantry ke. Nak juga duduk sini' monolog Lily pada diri sendiri menyalahkan meja Puan Karen.

"Or what?" Tanya Lily yang cuba memberanikan diri bertentangan mata dengan Ghazi sedangkan jantungnya sudah rancak menyanyikan lagu Numb dari kumpulan Linkin Park. Hujung bibir Ghazi ternaik mengukir senyuman sinis. Kepalanya ditunduk menyamai ketinggian si gadis yang hanya separas bahunya. Bibirnya didekatkan dengan telinga Lily membuatkan Lily dapat merasakan deruan nafas hangat Ghazi pada leher jinjangnya. Wajahnya ditoleh ke tepi dengan mata yang terpejam erat. Tak mampu dia mahu berlawan mata dengan Ghazi.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now