Bab 47

3.1K 114 29
                                    

Topeng yang tersarung pada wajah tampannya ditarik kasar. Aryan meregangkan urat wajahnya seketika kemudian merenung seorang demi seorang wajah yang berada di hadapannya.

"Mana kau simpan perempuan mulut kambing tu?" Tanya Aryan pada Adzim yang sedang membuka sarung kakinya.

"Aku campak dia dengan mak dan abang dia dalam bilik kurungan tu" balas Adzim tenang.

"Korang ada dengar berita tentang Lily tak?" Giliran Eiyad pula bertanya. Matteo, Arturo dan Bernard hanya menjadi pemerhati dan pendengar kepada tiga orang sahabat itu. Tak tahu nak mencelah perbualan ketua-ketua mereka.

Aryan dan Adzim serentak menggeleng. Masih belum ada khabar tentang Lily daripada Qayyum atau Michael.

"Aku harap baby diorang tak apa-apa" Keluh Eiyad dengan wajah sayu. Aryan dan Adzim berpandangan antara satu sama lain sebelum laju menoleh semula ke arah Eiyad.

"Baby apa?" Tanya Aryan dengan riak wajah bingungnya.

"Macam mana kau tahu diorang ada baby?" Giliran Adzim pula bertanya dengan dahi yang berkerut seribu.

"Kau tak nampak ke tadi celah kaki Lily keluar banyak darah? Yang kena tembak bahu, tapi takkan kaki yang berdarah. Kau tak terfikir ke dia pregnant?" Adzim geleng dengan lagak bebalnya. Manakala Aryan pula jongket bahu tanda 'tidak tahu'. Eiyad tepuk dahi sendiri.

Eiyad melepaskan keluhan. Kalau Adzim tak tahu, dia masih boleh terima sebab lelaki itu masih bujang, takda pengalaman ada bini. Tapi yang si Aryan ni pula, anak dah berderet macam kereta api, boleh pula dia tak faham keadaan seorang wanita yang bergelar isteri.

"Kau perasan tak haritu Hadi pengsan, bila bangun je tekak mual, kepala peninglah, nak makan tu, tak nak makan ni. Sebelum ni tak pernah pun jadi macam tu. So aku simpulkan apa yang berlaku pada Hadi sebelum ni ialah morning sickness. Mulanya memang aku tak syak apa-apa. Sampailah aku tengok sendiri Lily yang keluar banyak darah tadi.  Risau juga aku tengok dia macam tu" balas Eiyad yang bersimpati ke atas nasib yang menimpa Lily. Haaa! Korang jangan tak tahu, lelaki pun pandai membawang tau.

"Kau suka Lily eh?" Usik Adzim dengan keningnya dijongketkan beberapa kali.

Pak!

Kepala Adzim selamat ditepuk oleh Eiyad. Suka-suka dia je buat fitnah! Kalau laki si Lily tu dengar, arwah Eiyad dikerjakan oleh Ghazi.

"Aku kesian tengok dia! Sebab dia tu perempuan. Lepas tu kena hadap semua benda ni. Kau apa tahu?! Yang kau tahu suka kecewakan perempuan, tu je la kerja kau!" Bentak Eiyad geram.

"Hek eleh! Macamlah kau tu bagus sangat...rasa diri tu pencinta wanita dah ke?" Ejek Adzim dengan mulut sengetnya.

"Dahla tu! Korang berdua ni! Takkan sebab bini Hadi korang nak bergaduh. Apa kata kita semua pergi hospital jenguk Lily? Kalau korang tak nak tak apalah, aku boleh pergi seora--"

"Aku ikut! Tunggu jap, aku nak mandi dulu" Eiyad terus berlari masuk ke bilik persalinannya.

"I come with you!" Arturo juga berlari mengekori langkah Eiyad untuk membersihkan diri.

"Auro, dove vuoi andare?" (Arturo, where you wanna go) Tanya Matteo apabila dia melihat kawan baiknya itu berlari masuk ke bilik.

"Ospedale" (Hospital) balas Arturo sepatah. Matteo yang mendengar jawapan daripada Arturo terus bangkit dan berjalan menuju ke biliknya.

Bernard juga sama seperti yang lain, mahu ikut serta. Dari tadi dia asyik terkenangkan keadaan Cik Puannya itu. Dia risau kalau lepas ni takda dah orang panggil dia 'Nened'...

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now